Ketika ini hangat diperkatakan tentang perkahwinan pelakon wanita daripada Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama bekas suami Erra Fazira, Engku Emran.

Nampaknya cerita yang menjadi bahan bualan ramai ini seperti benar-benar akan berlaku apabila baru-baru ini Bella ada berkongsi gambar sebuah majlis kenduri doa selamat dan menulis ‘One step closer to happiness’ di ruang kapsyennya.

Terbaru menurut satu sumber, Erra yang merupakan bekas isteri kepada Emran dan ibu kepada satu-satunya cahaya mata mereka, Engku Aleesya telah menjawab segala persoalan tentang sejauh mana kebenaran hubungan Bella dan Emran.

‘Aleesya Gembira Dengan Kehadiran Bella’ – Erra Fazira

Ads

Menurut Erra, dia dengan ikhlas hati berasa sangat gembira buat Emran dan Bella malah bersyukur serta berlapang dada apabila Emran buat pertama kalinya telah memperkenalkan bakal isterinya.

Bekas ratu cantik Malaysia ini juga berkata, dia melihat Bella adalah seorang yang mudah untuk didekati dan bersifat lemah lembut.

Ads

Menurutnya lagi, dia sangat senang hati dan bersyukur kerana anaknya sangat gembira dengan kehadiran Bella dalam hidupnya.

“Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella,” ujarnya lagi.

‘Aleesya Gembira Dengan Kehadiran Bella’ – Erra Fazira

Ads

Dalam pada itu, Erra juga sempat mendoakan agar penyatuan dua hati ini dilimpahi dengan kasih sayang dan mendapat keberkatan ALLAH SWT, tak lupa juga doanya buat pasangan ini agar sentiasa bahagia bersama hingga ke syurga.

Terdahulu, Erra dan Emran telah berkahwin pada Oktober 2007 namun sudah tertulis jodoh mereka tidakp panjang lalu mereka bercerai setelah tujuh tahun bersama pada Februari 2014.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI