Sejak melangsungkan perkahwinan November tahun lalu, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura sering kali ditanya soalan mengenai anak.

Tidak dinafikan bahawa para peminat memang dah tak sabar dan ‘excited’ untuk melihat Fattzura junior.

Kini setelah lebih setengah tahun berkahwin, para peminat masih setia dan tidak putus-putus mendoakan kehadiran ‘orang ketiga’ dalam kehidupan mereka.

Semalam, Fazura memuat naik foto Fattah memegang seorang kanak-kanak perempuan dipercayai merupakan anak saudara Fazura.

“You, my love,” tulisnya.

You, my ❤️

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Ads

Ternyata foto tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji Fattah dan mengatakan bahawa dia kelihatan seperti seorang ayah di dalam gambar itu.

‘Awww Daddy’ – Ini Respon Peminat Bila Fazura Kongsi Foto Fattah Dengan Anak Saudaranya!

Ads

‘Awww Daddy’ – Ini Respon Peminat Bila Fazura Kongsi Foto Fattah Dengan Anak Saudaranya!

‘Awww Daddy’ – Ini Respon Peminat Bila Fazura Kongsi Foto Fattah Dengan Anak Saudaranya!

Ads

Sebelum ini, baik Fattah mahupun Fazura tidak pernah merasa tertekan atau rimas apabila sering diajukan soalan mengenai anak. Mereka beranggapan bahawa ia adalah satu soalan normal yang akan ditanya.

Bagaimanapun, MH faham para peminat tak sabar nak lihat artis kesayangan mereka dikurniakan cahaya mata, namun pada MH mungkin belum ada rezeki dan lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

sumber: IG Fazura

Foto: IG Fazura & Fattah Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI