Aktres yang juga adik kepada selebriti, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta kerana mengalami masalah apendiks jangkitan kuman dan paru-baru berair. Ayu, 33 berkongsi situasi yang dihadapinya itu di Instagram.
Menerusi posting berkenaan, MH difahamkan kos perubatan buat pelakon tersebut telah pun mencecah sehingga RM50,000. Bagaimanapun, dia bernasib baik dan memanjat rasa syukur kerana mempunyai insurans kesihatan.
Menurut kenyataan Ayu yang dimuat naik, dia turut menasihatkan peminatnya supaya mengambil inssuran kesihatan bagi meringankan beban disaat memerlukan.
“Dah la menangung sakit, kena keluar duit lg.. sapa nk tlg kita bayaq Puluh2 ribu tu???…”Tulisnya. Khabarnya ketika ini juga, kesihatan pelakon drama Mat Bunga itu kini semakin pulih dan berterima kasih buat para peminat yang mendoakan kesihatannya.
Ayu, bagaimanapun turut meluahkan rasa sedih kerana tidak boleh menyusuk badan anaknya, Laura kerana masih mengambil ubat antibiotik.
Serentak dengan posting berkenaan, Ayu juga turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan ahli keluarganya yang menyentuh hati netizen bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha yang ketujuh.
Apa pun, MH mendoakan semoga semuanya dipermudahkan buat Ayu sekeluarga. Moga baik-baik saja, insya-Allah…
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI