Baru-baru ini MH ada terbaca satu luahan kekecewaan pelakon cantik jelita, Sherry Ibrahim yang dikatakan terlalu kecewa dengan sikap pekerja salah sebuah butik jenama mewah dan terkenal yang terletak di sebuah pusat membeli belah Kuala Lumpur.

Turut rasa geram dengan layanan yang diberikan oleh mereka, MH segera menghubungi Sherry.

‘Dah la Muka Ketat, Jawab Pun Nak Tak Nak’ – Sherry Ibrahim Kesal Dengan Sikap Pekerja Butik Mewah

Menurutnya, dia agak terkilan dan tidak gembira dengan cara layanan yang diberikan oleh salah seorang staff yang bertugas.

Dengan menggunakan nada dan bahasa tubuh yang tidak mesra, Sherry turut menambah individu terbabit langsung tidak menjalankan tugas sebagai seorang pekerja di bahagian customer service dengan baik.

Ads

“Sebenarnya saya dah lama cari tali pinggang ini. Kebetulan pula saya ada pengambaran di sekitar KL, jadi saya singgah untuk cari apa yang dimahukan.

 

“Setiba di sana saya ada meminta seorang pekerja carikan saiz tali pinggang mengikut ukuran badan saya, tetapi dengan muka yang ketat dan ketap bibir, pekerja tersebut seperti terpaksa melayan saya. Malah, dia juga tidak bersungguh-sungguh untuk membantu saya ketika mencuba tali pinggang tersebut.

 

“Ya saya akui memang saya ada banyak tanya. Contoh seperti koleksi warna dan saiz, tetapi bukanlah bermaksud saya seorang pelangan yang fussy sebaliknya saya hanya ingin tahu maklumat lebih lanjut tentang produk yang ingin saya dapatkan.

 

“Jujur saya lebih tak suka bila dia jawab sepatah-sepatah setiap persoalan saya dengan nada yang malas. Naib baiklah ada seorang staff lain yang buat saya rasa lega,” jelasnya kepada kami.

‘Dah la Muka Ketat, Jawab Pun Nak Tak Nak’ – Sherry Ibrahim Kesal Dengan Sikap Pekerja Butik Mewah

Namun, Sherry telah mengambil pendekatan dengan berkongsi rasa kekecewaannya secara general agar semua orang mengambil pengajaran dari pengalamannya.

Ads

Layanan yg menyedihkan dari one of the staff here today. Muke tak senyum .. explanation tak clear .. tanye baik2 explain satu then NO eye contact when talking ..Tone of voice tak friendly langsung.. Body gesture very poor . I tak fussy but just not sure wth the sizes, cause the one yg i nak dah takde stock..At least bagi lah suggestion . Ni nak ckp pun tak happy and was so distance from me even though that particular staff was serving me. Well am very disappointed & Upset. At least as a staff tak kisah lah kerje kat boutique mane2 pun YOU learn the basic stuff and practice it. Adat kite orang melayu pun mengajar kite untuk hormat menghormati diantara satu same lain? Maybe yeah some people need to learn all this , Or else if you are NOT happy with your work you can just resign. Fullstop.

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Menurut Sherry, kisah ini tidak terhenti di sini sebaliknya ada pula pihak yang cuba personal attack pelakon ini di Instagram dengan kata-kata negatif dan bila diselidik individu tersebut merupakan rakan-rakan kepada pekerja yang bermasalah itu.

Ads

“Ada salah seorang pekerja di sana DM saya di Instagram dan memberitahu orang-orang yang menghentam itu adalah rakan-rakannya. Bila saya selidik memang benar.

 

“Tali pinggang yang saya beli bukanlah sesuatu yang senang dapat dan murah. Sepatutnya niat saya untuk beli tali pinggang tersebut adalah untuk ‘treat’ diri saya setelah berkerja keras menjual Deeja Cosmetic. Namun sehingga kini saya sendiri tidak gembira apabila melihatnya.

 

“Kebetulan pula saya ada kenalan yang memang rapat dengan salah seorang pengurus di sana, jadi dia juga menasihati saya untuk memulangkan semula barangan tersebut atas alasan tertentu.

 

“Walaubagaimanapun, pihak pengurusan jenama tersebut ada juga hubungi saya tetapi waktu itu saya sedang melakukan pengambaran. Jadi apabila ada waktu lapang, saya hubunginya semula dan menjelaskan apa yang berlaku. Pihak terbabit berkali-kali minta maaf dan asyik berkata mereka tidak tahu siapa saya. Mereka benar-benar kesal, namun bukanlah itu yang saya mahu ketengahkan.

 

“bagi saya tidak kiralah sama ada saya ni selebriti atau sebaliknya, tetapi apabila saya menjejakkan kaki di dalam butik tersebut itu bermaksud saya adalah customer mereka.

 

“Moral of the story, jika mahu berkerja, kerjalah sepenuh hati dan sekirannya disuruh untuk mengambil apa-apa barang, atau tukar warna lakukanlah sebaiknya,” tambahnya lagi.

‘Dah la Muka Ketat, Jawab Pun Nak Tak Nak’ – Sherry Ibrahim Kesal Dengan Sikap Pekerja Butik Mewah

MH juga sempat bertanya sekirannya pekerja tidak bertanggungjawab terbabit menyerah diri dan ingin meminta maaf, adakah Sherry akan terbuka untuk memaafkannya?

Sherry menjawab, dia bukanlah berniat untuk individu terbabit meminta maaf padanya tetapi dia seharusnya fikir sebaik yang mungkin.

MH turut difahamkan tali pinggang tersebut bernilai RM2,000 dan sangat limited edition.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI