Tahniah MH Online ucapkan buat pelakon, Kamal Adli yang telah dinobatkan sebagai  juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) baru-baru ini.

Kamal yang merupakan anggota kumpulan King Musang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi.

Sekali gus Kamal mengetepikan saingannya Fad Bocey ditempat kedua dan Achey Bocey di tempat ketiga.

Antara selebriti lain yang terlibat ialah Ozlynn, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Shuk dan juga Sharif dari kumpulan Zero.

Kecoh sungguh malam final itu. Ini semua gara-gara kehadiran kumpulan Jozan iaitu Johan dan juga Zizan Razak turut mencuri perhatian ramai.

Ads

Malah, telah berlaku pertembungan antara Kamal dan juga Zizan di atas pentas ketika permainan pertama bermula.

Pengacara pada malam itu, Datuk AC Mizal turut membuat pengumuman bahawa Zizan merupakan presiden bekas kekasih Emma Maembong dan Kamal adalah salah seorang ahlinya. 

Ads

Ruangan Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang juga dihujani dengan gelak tawa daripada penonton yang terhibur melihat Datuk AC menyakat Zizan dan Kamal diselangi gelak peserta lain.

Kemudiannya, permainan pertama bermula dan menjadi amat ‘panas’.

Ads

Mereka dengan selamba menjadikan lawak peribadi sebagai bahan bergurau senda.

Bagaimanapun aksi spontan itu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para penonton Super Spontan Superstar 2017.

Jom MH Online kongsikan video yang bakal buat anda tidak kering gusi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI