MH pasti setiap manusia akan berasa tertekan jika dituduh melakukan sesuatu perkara yang tidak mereka lakukan apatah lagi jika perkara yang dituduh itu menjatuhkan maruah dirinya.

Semalam menerusi satu sumber, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi selepas bertarung nyawa lebih seminggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas cuba untuk membunuh diri.

Remaja tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di samping ibu dan bapanya yang berada disisinya.

Menurut David Marshel, Presiden Persatuan Kural Malaysia berkata, kini mayat remaja itu ditempatkan di Unit Forensik HSJ bagi melakukan proses bedah siasat.

Ads

David berkata, semua pihak turut bersedih apabila remaja tersebut meninggal dunia selepas bertarung nyawa sejak Isnin minggu lalu.

Katanya lagi yang mewakili seluruh ahli keluarga remaja tersebut, ahli keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan mangsa.

Terdahulu, remaja perempuan ini dikatakan cuba untuk membunuh diri dengan menggantungkan diri di dalam biliknya.

Ads

Tindakan ini dilakukan olehnya kerana rasa tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolahnya.

Walau bagaimanapun kejadian itu telah disedari oleh bapanya dan dengan pantas menyelamatkan anaknya itu sebelum dikejarkan ke hospital.

Ads

Dalam pada itu, remaja ini juga dikatakan turut meninggalkan satu nota buat ibu dan bapanya dan mengaku di dalam surat tersebut bahawa dia tidak mencuri telefon bimbit tersebut.

Dituduh Curi Telefon Bimbit, Pelajar Cuba Gantung Diri Meninggal Dunia

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI