Isu remake Coffee Prince versi malaysia akhirnya sudah sampai ke penghujungnya. Isu ini telah menimbulkan fenomena sehingga ada yang sanggup membuat petisyen untuk membantah pemilihan pelakon yang akan memegang watak utama dalam drama Coffee Prince itu.
Sebelum ini ramai peminat tegar drama ini menentang habis-habisan pemilihan Fattah Amin sebagai watak utama namun akhirnya Fattah Amin diumumkan secara rasmi memegang watak utama remake drama ini yang pada asalnya dipegang oleh pelakon Korea terkenal, Gong Yoo.
Meskipun mendapat tentangan hebat ramai peminat K-Drama, ternyata rezeki menyebelahi Fattah Amin kerana dia kini mengesahkan bakal menerajui drama bersiri Coffee Prince arahan Micheal Ang bergandingan dengan pelakon cantik, Janna Nick
Menerusi status yang dimuat naik oleh Fattah Amin di instagram miliknya dengan kapsyen Introducing, Raykal dari #MYCoffeePrince. Drama itu dikhabarkan telah pun memulakan penggambaran drama tersebut beberapa hari yang lalu.
Bahkan status yang di muatnaik oleh Fattah Amin sedikit sebanyak memberikan petunjuk tentang projek terbarunya itu.
“ Coffee always make me happy. And tomorrow, I will be a “Prince”.
Para peminat juga telah memenuhi ruangan komen mengucapkan semoga berjaya kepada aktor kacak tersebut.
Coffee Prince versi Malaysia itu merupakan adaptasi drama bersiri Korea Selatan dengan nama yang sama dan mempunyai ramai pengikut setia di negara ini.
Dalam pada itu, Fattah menganggap peluang berlakon dalam drama terbabit menjadi ruang terbaik untuknya mengukuhkan lagi nama beliau dalam bidang seni hiburan tanah air.
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI