Acha Septriasa kini kelihatan sangat bahagia dengan kehamilannya. Di usia kehamilan yang sudah masuk lapan bulan, Acha terlihat semakin tidak sabar untuk melihat bayinya lahir ke dunia.
Seperti yang diperlihatkan melalui Instagramnya, dia telah memuat naik sebuah foto yang menunjukkan dirinya mengenakan baju singkat sehinggakan menampakkan perutnya itu.
Menerusi foto tersebut, dia kelihatan seperti sedang menjalani satu sesi fotografi bersama dua orang temannya.
Bintang filem Langit Terbelah di Langit Amerika ini tampaknya tampil berani dengan mempamerkan perut besar untuk tatapan umum.
“Create your own style let it be unique for yourself and identifiable for others,” ujarnya di kapsyen gambar berkenaan.”
Pelbagai komen dicurahkan di ruangan komen gambar tersebut. Ada netizen melahirkan perasaan teruja dengan kecantikkan Acha ketika mengandung, namun tidak kurang juga yang mengecam perkongsian foto seksi oleh penyanyi dan pelakon cantik itu.
Segelintir netizen turut berpendapat bahawa tindakan Acha adalah tidak sepatutnya dilakukan iaitu mempamerkan auratnya kepada umum.
Jantina anaknya juga diteka oleh netizen iaitu perempuan setelah Acha memuat naik gambar suaminya bersama seorang gadis kecil dengan kapsyen,
“He’s expecting a little girl #husband #theloveofmylife #mylovestory (Audrey’s Dad ) posted earlier on instastories.”
Acha dan suami Vicky Kharisma mendirikan rumah tangga pada 11 Desember 2016.
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI