Ketika ini, nama pelakon angkatan, Raja Atiqullah Azman,18, cepat ‘menangkap mata’ pengikut setia drama bersiri Nur. Semuanya gara-gara kebolehannya yang mampu mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan baik menerusi salah satu episod drama berkenaan.
Katanya ketika dihubungi MH, dia sendiri tidak pernah menyangka impak drama tersebut turut mengheretnya untuk sama dikenali.
“Alhamdulillah, saya sendiri tak sangka kesannya sampai ke tahap ini. Syukur, inilah dinamakan rezeki pada bulan Ramadan. Hakikatnya, peluang yang diraih ini tidak akan saya sia-siakan demi terus maju dalam industri,” akui bintang asal Kelantan ini.
Ditanya sejauhmana keupayaannya yang mampu mengaji dengan baik seperti yang diperkatakan netizen, anak sulung dari empat beradik ini mengakui pernah diajar mengakui ibunya.
“Ummi memang ajar kami mengaji dan pada masa sama, saya pernah mengikuti pengajian di sekolah tahfiz di tingkatan 1 hingga 2 sebelum bertukar ke sekolah biasa.
“Kalau ada yang memuji, terima kasih. Saya sendiri masih banyak yang perlu dipelajari,” katanya jujur.
Tidak mahu memandang ke belakang, Nur yang merupakan penampilan keduannya di hadapan lensa mengakui mahu terus berusaha demi keluarga.
“Harapan saya agar dapat banggakan ibu bapa. Saya bukanlah terdiri daripada pelajar yang bijak. Result SPM pun biasa saja.
“Jadi saya kena gigih usaha dalam apa yang saya lakukan sekarang, selain mahu beri contoh yang baik terhadap adik-adik,” katanya yang bakal muncul menerusi drama Mariam Elyana untuk siaran RTM.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI