Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah melancarkan Abang Nak Tegur versi 2.0 yang turut menampilkan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid.

Aliff ketika dihubungi MH memberitahu, dia sengaja memuat naik versi baru itu awal malam tadi sebagai refleksi kepada ‘dislike’ tinggi yang diberikan penonton terhadap versi asal yang turut menampilkan seorang lagu usahawan, Nur Sajat.

“Gara-gara dapat banyak dislike daripada netizen untuk lagu itu di YouTube, jadi saya decide lancar Abang Nak Tegur 2.0. Kali ni saya sengaja tampilkan isteri saya untuk gantikan Sajat. Kita tengok takat mana dia boleh pergi,” katanya yang turut memberitahu, isterinya itu turut cemburu selama dia berada di Sepanyol.

 

“Saya akui ada ketikanya, mood saya tak berapa stabil ketika berada di sana bersama team muzik video. Macam-macam benda berlaku termasuklah saya dirompak. Tambah pula isteri saya ada hubungi. Mungkin kerana rasa cemburu sebab bila baca komen netizen. Ada yang tuduh Sajat nak jadi perampas dan sebagainya. Padahal kami ke sana bersama team lain juga,” katanya yang selepas ini akan berangkat ke Janda Baik, Pahang bagi mengisi slot terakhir untuk Abang Nak Tegur.

“Gara-Gara Dapat Dislikes Tinggi, Jadi Saya Decide Lancar Abang Nak Tegur 2.0,” – Aliff Syukri

Ads

Pada masa sama, pengasas D’herbs itu juga menafikan dia dan Sajat sengaja reka gimik tertentu bagi mempromosikan single sulungnya itu. Ujarnya, kerana pelbagai masalah lain yang timbul, secara tidak langsung menjadi faktor masing-masing tertekan lalu beremosi.

Ads

“Kalau nak dikata gimik tu tidaklah. Biasalah bila bekerja dan macam-macam pula jadi, kami jadi tertekan. Saya pula akui ada masanya rasa down. Misalnya kami terkejar-kejar untuk mendapatkan cahaya matahari, tapi masih banyak scene yang belum shoot. Tambah Sajat pun emosi juga,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aliff yang bakal melancarkan produk d’herbs Blusher Collagen juga turut memberitahu pelancaran muzik video berkenaan akan dilancarkan pada awal Januari depan.

Ads

“Kalau nak tanya mengenai kos apa semua, boleh tanya kami masa sidang media nanti. Yang pasti, memang mahallah sebab melibatkan tiga buah negara,” akhirinya.

Abang Nak Tegur 2.0 yang muat naik di YouTube sudah pun ditonton hampir 1 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam dengan likes hampir 150,000. Tahniah Datuk Seri!

https://www.youtube.com/watch?v=TOe6445i_x4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI