Heboh di internet tentang isu adegan ‘cium’ di antara pelakon lelaki, Fattah Amin dan pelakon wanita, Janna Nick yang kedua-duanya merupakan watak utama dalam sebuah drama Coffee Prince di bawah arahan penerbit Michael Ang.

Tercetusnya kontroversi ini semalam selepas sebuah video adegan yang kelihatan seperti bercium namun sebenar tidak. Fattah dan Janna langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain.

Video yang dimuat naik oleh pelakon baru, Fara Mendoza ini benar-benar mencetuskan kemarahan netizen yang menonton babak ini.

Jangan Libatkan Mak Dan Ayah – Janna Nick

https://youtu.be/A7rnp_JUBb8

Rentetan daripada kontroversi ini, tuan punya badan iaitu Janna telah tampil di akaun Instagramnya dengan berkata dia membenarkan semua pihak untuk melontarkan apa sahaja kepadanya baik dari segi kecaman, nasihat, pendapat dan apa-apa sahaja cuma jangan libatkan keluarganya dalam hal ini.

Ads

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Kiyummm sikit ???
Goodnight all…
Ruangan kecaman/nasihat/pujian/kritikan/luahan perasaan/masalah rumahtangga/berniaga/tinggi langsing/vitamin kurus gemok/bengkung sajat disediakan..sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..
Bahasa kesat dibenarkan
Penggunaan binatang juga di benarkan tapi kalau yang comel2 ok la seperti kucing/arnab..contoh ayat; “eh kau ni buruk macam kucing”
Semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya. Segalanya diterima dgn hati yang terbuka atas kesilapan kerana berkelakuan tidak senonoh seperti gambar di atas walaupun tiada melibatkan sentuhan kulit…terima kasih saya ucapkan atas sifat prihatin dan kasih sayang uols untuk menjadikan kita sesama manusia menuju ke arah yang lebih baik…semoga nikmat kepuasan yang dirasai akan mengurangkan gejala sosial yang melanda negara kita! ❤️DEAR PEOPLE,U MAY START NOW ❤️,” tulis kapsyennya.

Baca juga: Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

Rata-rata netizen telah meninggalkan bermacam kata-kata positif mahupun negatif di ruangan komennya.

Ads

cik_emanov11: Kita bukan nak maki cuma taknak janna ada imej tak elok,kita nasihat bukan sbab kita baik,tapi kita kan sama perempuan islam,tu jelah,next time kena fikir baik buruk babak2 dlam drama ni janna,janna kitorang tak kisah lansung org kutuk y sorang lagi,tapi kitorang xnak janna kena jugak..tu je….tapi tetap sokong janna

farra_afero: Really minat @jannanick …tp serius xsangka u terima adegan tu wlupon camera trick…adoii frust rasa…nape sume artis wanita melayu xpikir panjang..lps sorang2…yg nmpk baik plak tu…ape pon moga janna dpt jdkn pgajaran ok…

jarikalkulator: x kisah la camera trick atau apa.. cuma sensitif la sikit.. ada hak kn utk tolak scene. rezeki Allah bg. jgn liberal sgt please.

Ads

Dalam ada yang mengecam, ramai juga yang memberikan kata semangat buat Janna dan akan terus menyokong pelakon pujaan mereka ini.

iamfarizarahim: Korang yg nak kecam ni tak baca ke @jannanick post tu jangan LIBATKAN MAK BAPAK..tak pandai baca ke ape..bongok la haa..si pengecam pon laaa tu duda pujaan dara penerbit islam pengarah islam tapi cite atas katil pegang sana sini sentuh dada bagai apesal tak kecam suci murni je ruang komen dorang..sudahh lahh..ape pon go janna..go go power rangers..sye sentiasa sokong awak!!

paan_entr: Sbar k @jannanick biarlah dyorang nk ckp ape pon…skali pandang mmg la mcm x ptot cuba tngok btol2 bru tau…ni x main sembur tros je…ceh,,diorang yg kecam awak tu bkan fans yg sebenar….klau true fans x kn main sembur tanpa usul periksa…ape2 pon ttap sbar n doa kan supaya allah bkak mata diorang luas2 sblom buat ape2 tindakan…u always in my heart @jannanick sya ttap mnat kat awak walauape pon trjadi…luv u @jannanick

Sumber: Instagram Janna Nick, Instagram Fara Mendoza & Youtube Malaysia Viral 2.0

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI