Melampau dan menjadi-jadi betul sikap sesetengah netizen yang tidak bertanggungjawab. Sudah lah tidak malu berkata buruk di khayalak ramai, malah mengaibkan orang dengan kata-kata yang sungguh memalukan.
Di sebalik kata-kata semangat dan simpati orang ramai terhadap penyanyi Elyana yang baru sahaja mengumumkan dirinya kini menghidapi kanser tahap ke-4, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk berkata buruk tentang penyanyi ini.
Jujur MH agak marah dengan tindakan sesetengah pihak yang langsung tidak sensitif dengan isu-isu sebegini. Melalui laporan sebuah portal hiburan, ada juga beberapa pihak yang sanggup memperlekehkan tentang fizikaliti Elyana.
Bagi kami disaat-saat seperti ini, Elyana sangat memerlukan kata-kata semangat dan positif daripada orang sekeliling bukannya hentaman sebegitu rupa.
Setiap manusia ada kelemahannya, begitu juga dengan diri kita sendiri. Betul tak?
Sehingga kini kami tidak faham, apa motifnya jika ingin menegur kebaikan tetapi bukan dengan cara yang baik? Malah lebih teruk teguran itu bukan berbunyi nasihat sebaliknya menjadi cemuhan.
Hmmmm, apapun MH cuba bersangka baik, mungkin mereka ini tiada cara lain untuk menasihati atau mungkin tidak tahu bagaimana menggunakan pendekatan yang betul.
Mana tahu dalam diam Elyana sedang berusaha memperbaiki diri dan berhijrah dalam masa terdekat. Kita tidak tahu kan?
Tidak mengapa, harap Elyana abaikan segala tomohan seperti ini dan terus kuat cuba melawan penyakit ini. You go girl! MH sentiasa doakan yang terbaik untuk Elyana!
SUMBER GAMBAR: Lobak Merah & The Reporter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI