
Terkejut MH bila menerima satu gambar aksi mesra seorang pengacara televisyen terkenal bersama kekasihnya.
Amboi bukan main mesra lagi, siap gambar manja dalam suasana romantik. Tetapi apa yang lebih suspen pasangan pengacara tersebut sebenarnya adalah kaum sejenis!
Malah, MH turut diberitahu oleh seseorang pasangan ini sebenarnya sudah pun berkahwin di Australia selepas beberapa tahun bercinta.

Aduh betul ke ni apa yang MH terima? Ke hanya salah faham sahaja?
Haish, harap-harap hanya khabar angin dan tuduhan ini tidak benar.
Mana tidaknya, pengacara yang dimaksudkan ini memang popular dan sering dipuji, tak mungkin dia sanggup lakukan perkara seperti ini bukan?
Dan paling penting, tak mungkin dia akan mengecewakan peminatnya bukan?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Ya Allah… Kuatkan Aku,” – Anak Lelaki Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia

Anak kepada penyanyi, Azian Mazwan Sapuwan, menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi selepas kira-kira tiga minggu berada dalam keadaan koma, lapor Astro Gempak.
Difahamkan, Mohamad Aqil Zulkarnain meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, Selangor.
Berita tersebut dimaklumkan penyanyi senior berkenaan, menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada rakan media.
Malah, berita kematian arwah turut dikongsi menerusi Instagram miliknya.
“Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yg beriman.
Ya Allah..kuatkan aku,” tulisnya.
Allahyarham Mohamad Aqil sebelum ini dimasukkan ke hospital tersebut kerana terlibat dalam kemalangan pada 22 November lalu.
Dalam kemalangan terbabit, Mohamad Aqil dilapor mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen serta beberapa organ dalam badan.
Disebabkan keadaan tersebut, Mohamad Aqil dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan lanjut.
Azian yang sinonim menerusi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu juga merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua.
View this post on InstagramA post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann) on
Foto: Instagram Azian Mazwan Sapuwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Terkenal, Adibah Noor Meninggal Dunia

Penyanyi terkenal yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.
Berita duka dan mengejutkan itu dikongsikan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sementara itu, memetik Boom!, rakan seperjuangannya di GV8, Ani Maiyuni ketika dihubungi menjelaskan, arwah yang berusia 52 tahun itu difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya.
Berita selanjutnya menyusul.
Minggu lalu, nama Allahyarhamah meraih perhatian apabila foto terbarunya tular dengan penampilan fizikal yang agak susut.
Bagaimanapun, menerusi temu bual, Adibah dipetik memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat sejak Ramadan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sepahtu Reunion Live Terlalu Gah, Pelawak Baharu Tiada Platform,” – Achey

Pelawak Achey berharap pihak stesen televisyen dapat mempertimbangkan cadangan untuk memperbanyak program sitkom seperti Sepahtu Reunion Live khusus buat pelawak pelapis.
Menurut pemilik nama lengkap, Mohd Nasir Hamzah, dia kasihan melihat nasib pelawak-pelawak baharu yang tiada peluang untuk menonjolkan bakat mereka di media arus perdana.

“Untuk program seperti Sepahtu Reunion Live, ia merupakan program yang sangat kuat. Nama mereka juga sudah gah. Mereka merupakan sahabat saya yang terus kekal relavan
“Namun, saya mengharapkan pihak stesen televisyen akan memperbanyakkan program seperti itu supaya boleh menjadi rantaian dan peluang buat pelawak-pelawak baru yang sedang meningkat naik.
“Kesian kepada pelawak baru. Mereka tiada platform. Kena adakan sitkom-sitkom baharu. Walaupun, bajetnya tidak setinggi mana tapi kena adakan juga demi kelangsungan pelawak-pelawak ini,” katanya kepada MH.
Sementara itu, anggota kumpulan lawak, Bocey ini turut memaklumkan dirinya sentiasa bersedia sekiranya diberikan tawaran untuk muncul di program-program televisyen.

“Keinginan untuk muncul di televisyen itu masih ada. Kita pun bermula daripada tv jadi, kita tidak akan lepaskan kalau diberikan peluang.
“Cuma, buat masa sekarang, boleh dikatakan peluang itu memang tidak ada. Saya hanya mendapat jemputan untuk program-program bual bicara. Itu pun hanya setengah jam.
“Untuk program panjang, berepisod atau sitkom, memang tiada. Boleh dikatakan situasi ini bermula sejak Arwah Abam meninggal,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, para peminat juga masih boleh menyokong karya-karyanya dengan mengikuti perkembangannya di media sosial.

“Saya tak melihat diri saya dipinggirkan tapi saya anggap ia sebagai ujian. Ini bahagian saya. Saya ibaratkan kerjaya saya seperti roda. Dulu saya di puncak, ketika ini, saya di pertengahan.
“Saya tak rasa peminat tak memerlukan saya lagi. Kita punyai platform media sosial yang masih kuat.
“Bila buat live di platform media sosial, peminat kerap bertanya, bila saya nak muncul di televisyen.
“Saya hanya menjawab, ikutilah konten-konten saya di media sosial. Walaupun tak berbayar, itulah hadiah saya buat peminat. Daripada situ juga, terbuka pula rezeki lain,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Achey juga kini sibuk menguruskan beberapa bisnes seperti bengkel motosikal dan Tiara Candy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

