Kesian Daler Yusuf yang dikecam teruk akibat terpegang dada Nelydia Senrose ketika menjalani sebuah pengambaran.
Setelah memohon maaf secara terbuka kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video tersebut, MH Online segera mendapatkan Nelydia untuk memberipenjelasan terhadap isu ini.
Engan memanjangkan cerita, Nely menganggap perkara ini terjadi secara spontan dan tidak menyalahkan sesiapa.
Malah, dia juga memahami isu ini memang agak sensitif bagi sesetengah pihak kerana tersentuh bahagian tertentu namun bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan.
“Sebenarnya perkara ini terjadi dalam beberapa saat sahaja. Jujur saya langsung tidak sedar perkara ini terjadi sehinggalah video ini menjadi viral,” katanya.
Bila ditanya apakah punca sebenarnya, Nely akui memangsewaktu menunggang motor tersebut fikirannya agak tidakkeruan kerana terlalu fokus dengan perkara-perkara yang lain.
“Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggang motosikal, di kepala saya agak bercampur baur, fikirkan nyawa pembonceng, camera man di hadapan, keselamatan diri lagi memang buatkan saya langsung tidak sedar apa yang terjadi.
“Saya akui, dalam keadaan yang ‘terlalu’ berjaga-jaga saya terhilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana sedar ada bongol di hadapan,” ujarnya pada MH Online.
Dia juga menambah, jika benar Daler menyentuhnya pasti dia pasti akan ingat dan rasa, namun sehingga kini dirinya langsungtidak dapat ingat apa yang terjadi sewaktu itu.
“Saya kenal Daler, dia bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan. Dia seorang yang baik, sopan santun dan tidak pernah tinggalkan solat ketika di set pengambaran.
“Malah kalau tengok video tersebut sepanjang berada di atas motor tangannya hanya di belakang sahaja sehinggalah saya brek secara mengejut. Tetapi saya faham, ada sesetengah yang mungkin tidak faham dengan apa yang terjadi menganggap perkarasebegitu tidak patut dilakukan tapi nak buat macammana, benda terjadi tanpa sengaja,” katanya.
Apabila ditanya bagaimana Daler menghadapi situasi iniselepas menjadi viral, Nely memberitahu Daler adamenghubunginya dan meminta maaf.
“Ya, dia ada hubungi saya tetapi saya tidak ambil pusing tentang pekara ini. Bagi saya hanya salah faham. Saya sendiri tidak tahu sama ada ia benar-benar tersentuh atau hanyakerana angle video tersebut. Jadi bukan isu berat pun dan kami memang tiada masalah bersama,” jelasnya lagi.
Nely juga berharap agar netizen berhenti menghentam Daler kerana menganggap ini hanyalah pekara kecil dan ada isu yang lebih penting untuk dibincangkan.
Apa pun benar kata Nely, kadang-kadang tindakan spontan manusia memang sukar dikawal. Tidak bermakna apa yang terlihat itu sama seperti apa yang kita fikirkan. Harap Daler sabar dan terus kuat untuk terus berada di dalam industri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI