Perasan tak sejak akhir-akhir ini, nama Fathia sering tercalit dengan pelbagai kontroversi. Bukan sahaja dibidas kerana kontroversi penyebaran Video Bigo Live, malah baru-baru ini Fathia telah menjadi mangsa hentaman netizen sekali lagi apabila dikatakan mempersoalkan Pedana Menteri Malaysia tidak ‘jenguk’ Pulau Pinang yang dilanda musibah banjir.

‘Saya Bukan Anti Kerajaan’ – Fathia Mohon Maaf

Tindakannya itu telah membuatkan ramai netizen tidak senang duduk dan berkobar-kobar untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap persoalan pelakon ini.

Namun selepas beberapa ketika isu ini hangat diperkatakan, Fathia telah tampil kehadapan dan meminta maaf atas ketelanjurannya apabila berbicara tentang isu tersebut.

Malah dia turut akui persoalan itu agak keterlaluan sehingga menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.

Ads

Malah, Fathia turut memberitahu dia bukanlah dengan sengaja untuk memprovokasi mana-mana pihak, sebaliknya hanya mewakili pihak lain untuk bersuara tentang ini.

Baginya, oleh kerana statusnya sebagai seorang selebriti dan dikenali ramai mungkin ini adalah salah satu langkah mudah untuk mendapat perhatian daripada pihak tertentu.

‘Saya Bukan Anti Kerajaan’ – Fathia Mohon Maaf

Ads

Cuba memahami apa yang berlaku, kebanyakan netizen menasihati Fathia untuk lebih berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

‘Saya Bukan Anti Kerajaan’ – Fathia Mohon Maaf

Ads

‘Saya Bukan Anti Kerajaan’ – Fathia Mohon Maaf

Mungkin ada benar kata Fathia, masa seperti inilah yang terbaik untuk gunakan segala kemudahan dan kelebihan yang ada. Cuma mungkin Fathia perlu lebih sensitif dalam menyuarakan pendapat.

Maklum sahaja lah sebagai seorang selebriti, setiap apa yang dilakukan pasti akan dipandang orang. Kerana itu perlu berhati-hati. Takut pula jika ada individu tidak bertanggungjawab memanipulasikan situasi.

Sumber: Twitter Fathia Latiff 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI