Pelakon dan usahawan, Abby Abadi ada berkongsi cerita mengenai perihal anaknya bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Abby, dirinya sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa untuk dipanjangkan umur selalu agar dapat melihat kesemua anaknya membesar dengan baik.
“Ya ALLAH Ya Tuhanku Kau bantulah kami untuk menjaga Daiyan, Dayana, Darda Mereka tidak punya siapa2 Selain kami ya ALLAH
“Sempatlah utk kami Membesarkan mereka ya ALLAH Kami takut ya ALLAH
Kami takut umur kami tak panjang
Untuk menjaga & mendidik mereka ya ALLAH”
“Sebahagian dari doa Abah Subuh ni … tiba2 dengar Abah doa mcm ni…. Aduhai la Abah..pagi2 dah buat Mama sayu.. sedih.. berombak2 hati bila dengar doa Abah tadi…” tulisnya.
Malah, Abby tetap menzahirkan rasa kasih sayang seperti anak sendiri meski bukanlah anak yang dikandungkan olehnya.
“Tak pernah terfikir sebenarnya perkahwinan kami selama 5tahun ini, yg pernah dikurniakan dgn 3 zuriat sendiri l..
“yg ALLAH tak izinkan hidup di dunia ini ( seorang gugur, seorang meninggal dalam perut, arwah Muhammad Danial Firman meninggal usia 3bulan) tp ALLAH gantikan dengan 3 anak2 anugerah terindah ini..
“Tak buleh nk tulis panjang2.. sedihhhh… Tolong doakan ye.. kami dpt menjaga anak2 yg ada ni dgn Tak minta apa2, doakan kami umur panjang & sihat utk mereka,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI