Hanya kerana tidak follow akaun Instagram masing-masing, penyanyi, Sufian Suhaimi dan tunangnya yang merupakan seorang pelakon, Elfira Loy dikatakan mempunyai masalah dalam hubungan mereka.

Sufian menerusi satu sumber menjelaskan bahawa dia dah Elfira tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing adalah disebabkan oleh masalah teknikal.

Unfollow Instagram Masing-masing, Sufian Suhaimi Nafi Hubungan Bermasalah Dengan Elfira Loy

Ads

“Saya sendiri tidak tahu macam mana saya dan Elfira tidak mengikuti laman Instagram masing-masing. Secara tiba-tiba saya tengok dah tak follow.

 

“Dah banyak kali kami cuba untuk ikuti semula namun tidak berjaya. Saya tak tahu macam mana mereka atau Instagram boleh buat macam itu,” katanya kepada Mstar Online.

Penyanyi ini juga berkata, hubungannya dengan Elfira baik-baik sahaja dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Unfollow Instagram Masing-masing, Sufian Suhaimi Nafi Hubungan Bermasalah Dengan Elfira Loy

Ads

Walau bagaimanapun, Sufian mengakui bahawa pertunangannya dengan Elfira turut diuji dan ianya berpunca daripada orang sekeliling.

“Saya dan Elfira masih lagi baik dan tidak ada apa-apa masalah. Walaupun kami dah lama tidak jumpa tapi setiap hari berhubung menerusi telefon.

 

“Memang saya akui kami ada lalui ujian pertunangan seperti orang lain. Tapi ia bukan berpunca daripada saya atau Elfira.

 

“Tapi daripada orang di sekeliling kami sendiri. Saya harap semua doa yang baik-baik buat kami berdua,” katanya lagi.

Unfollow Instagram Masing-masing, Sufian Suhaimi Nafi Hubungan Bermasalah Dengan Elfira Loy

Ads

MH doakan agar hubungan Sufian dan Elfira sentiasa dalam keadaan baik dan cepat-cepat naik pelamin.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI