Makin hangat nampaknya isu melibatkan selebriti, Ifa Raziah dan Roslan Shah yang kini sedang berselisih faham. Hubungan persahabatan yang sudah berusia lebih dua dekad kini kian retak gara-gara perang mulut melibatkan dua bintang berkenaan.

Menerusi sesi live video eksklusif bersama MH dan Sinar Harian menerusi Facebook pada petang Selasa, Ifa mengakui atas yang berlaku setakat ini, dia tidak mungkin boleh memaafkan bekas rakan baiknya itu. Katanya, perbuatan selebriti asal Singapura itu sudah melampau apabila kes mereka turut melibatkan anak dan suami Ifa.

“Saya tidak kisah kalau dia nak cakap saya apa. Sudah jadi macam lalat yang hurung kita dan kita halang. Tapi bila sudah kaitkan soal anak dan suami, itu sudah melampau!” katanya geram.

Kongsi Ifa lagi, kawan mudah dicari dan bukan seperti individu bergelar sahabat, yang akan berada di samping kita bila susah.

“Anda boleh lihat saya perlu letakknya dari kategori mana? Kawan atau sahabat. Kalau hal ni jadi pada diri anda, bagaimana? Atau letakkan di tapak kasut saya? Saya dah cukup baik, tonasi cukup rendah sekarang. Bergaduh sebagai seorang sahabat, ibarat gaduh adik beradik. Kalau mak marah pun pernah rasa sentap. Kami dah macam adik-beradik,” jelas Ifa yang sudah terfikir untuk membawa isu ini ke tengah.

 

“Saya akan bawa ke muka pengadilan. Saya akan berbincang dengan pihak peguam sebab ini sudah too much kerana ia mencalar nama baik saya dalam industri. Saya sudah 22 tahun dalam industri jadi saya sudah penat. Mungkin dia tidak puas hati dengan saya.

 

“Jadi saya perlu pertahankan dakwaan yang tidak kukuh pada saya. Lepas ni saya akan jumpa peguam dan Jumaat depan saya akan keluarkan surat dari pihak peguam,” katanya tegas.

Sementara itu, MH juga difahamkan Roslan Shah turut akan melakukan satu sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan apakah yang berlaku dan bagi mengikuti ulasan lebih lanjut mengenai penjelasan Ifa, ikuti sedutan live kt menerusi FB.

Ads

Wow… hangatnye you all kes Ifa dan Roslan Shah ni. Jom dengar … chuols jgn lupa share okay!

Posted by MEDIA HIBURAN on Monday, 8 January 2018

 

Ads

Eksklusif jom ikuti apa kata ifa mengenais konfliknya bersama sahabat lama roslan shah

Posted by MEDIA HIBURAN on Monday, 8 January 2018

 

Ads

Part 3: Aduh panas sungguh LV Media Hiburan skrg. Jom ikuti apa kata Ifa Raziah mengenai konfliknya dengan Roslan Shah..

Posted by MEDIA HIBURAN on Monday, 8 January 2018

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI