Siapa yang tak kenal dengan Kak Girl kan, wanita viral di media sosial yang telah berjaya menarik ribuan orang menonton videonya di media sosial.
Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan nampaknya berjaya membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagatnya dan suami, Mohd Hafizi Marzuki, 26.
Lebih mengujakan, Kak Girl berjaya mencuri perhatian bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan (SRK). Bukan senang untuk menarik perhatian SRK tau. Level antarabangsa dah Kak Girl sekarang ni!
Menerusi laman Twitter, SRK memuji persembahan parodi ‘lip sync’ atau parodi gerak bibir Kak Girl yang menyanyikan lagu hindi petikan daripada filem Kabhi Khushi Kabhi Gham lakonan SRK.
Dalam masa sama, video tersebut turut menampilkan suaminya yang memandu kereta dengan wajah yang selamba di sebelah juga menarik perhatian SRK.
Bintang Hollywood itu memberi reaksi kepada posting berkenaan dengen menulis di Twitternya,
“Wow! Dan lelaki budiman itu buat tidak tahu sahaja.”
Terdahulu, pengguna Twitter, Asad Khan memuat naik video tarian dan nyanyian Kak Girl dan memetik (tag) nama SRK dan penerbit, Karan Johar pada malam Selasa yang lalu.
Perkongsian SRK itu telah menerima lebih daripada 14,834 likes dan 5,692 retweet. Rata-rata berkata turut terhibur dengan video tersebut. Malah, turut menarik ribuan pengikut SRK untuk mengenali Kak Girl dari seluruh dunia.
Kak Girl yang teruja juga kemudian berkongsi tweet SRK itu di Facebook miliknya dan menyatakan untuk menjadi heroin bersama untuk filem SRK yang seterusnya.
“KG rasa macam nak pitam, lepas tu bangun, lepstu pitam lepastu bangun makan kejap and pitam balik!!! Tak sangka sampai ke Dato’ Shah Rukh Khan share video KG.”
“Dear Rahul,Thank you for sharing my video.. I am so in love with you!! I watched almost all of your film! Next when you visit Malaysia I hope we can duet together inside my car!! Take Care and Love you!!
“Please consider to take me as your heroine for the next movie. Im sure the film will be Box Office! Sincerely, Anjali “seloroh Kak Girl di Facebook miliknya.
Kak Girl juga pernah menjadi juara cabaran lip sync atau parodi gerak bibir di sebuah stesen radio tempatan pada tahun 2016.
Untunglah Kak Girl apabila pujaan hati memuji, lebih-lebih lagi apabila mendapat pujian atas bakat yang dimilikinya.
Ternyata walaupun sebelum ini mendapat kecaman daripada netizen kerana aksi gedik dan dianggap keterlaluan menjadikan kak Girl lebih popular.Syabas!
Jom layan Kak Girl,
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI