Kemeriahan sambutan Aidilfitri buat penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah bakal jadi lebih bermakna apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin dijadualkan akan melahirkan anak keempatnya pada 14 April ini.
Menurut Jamal, isterinya itu akan melahirkan anak bongsu mereka secara pembedahan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.
“Alhamdulillah, sambutan hari raya Aidilfitri saya sekeluarga tahun ini akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata bongsu. Isteri saya bakal melahirkan bayi perempuan pada 14 April ini secara pembedahan.
“Banyak perkara yang harus saya tempuhi menjelang minggu hadapan. Kalau ikutkan, saya merancang untuk isteri melahirkan anak bongsu kami pada 1 April sempena ulang tahun perkahwinan tapi doktor kata terlalu awal dan memberikan tarikh 14 April ini,” katanya kepada MH.
Jamal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu raya terbaru, Rindu Di Hari Lebaran ciptaan S Atan dan lirik oleh Siso yang diterbitkan FMC Music di Hotel Tenera, Bangi, malam tadi.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Seniman Menangis ini turut mendedahkan dirinya telah menemukan nama yang sesuai buat anaknya itu meskipun sebelum ini pernah meminta pandangan daripada para pengikutnya di laman sosial.
“Alhamdulilah, nama-nama yang para peminat cadangkan pun bagus juga. Saya terima hampir beratus nama menerusi kiriman mesej langsung (DM). Namun, selepas mendengar pandangan ramai, katanya lebih baik saya cari sendiri nama sesuai.
“Saya ada mencari nama seperi ibu Nabi Yusof, makna air mata syurga dan beberapa nama lain. Kesemua nama tersebut mempunyai maksud yang indah.
Ads
“Namun, saya belum boleh kongsikan lagi kepada umum. Tunggulah selepas isteri saya melahirkan nanti,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah beliau risau dengan keadaan isterinya yang bakal menjalani pembedahan kelahiran buat kali keempat, Jamal memaklumkan dia kini lebih yakin kerana teknologi sudah semakin canggih.
“Di zaman ini, teknologi sudah semakin baik. Jadi, kita tidaklah terlalu risau sangat. Kalau zaman dahulu, kita risau kalau anak ini ada komplikasi lain.
Ads
“Doktor pakar sekarang ini sudah boleh buat penilaian dengan lebih baik. Kalau ada apa-apa yang berlaku, mereka boleh kesan lebih awal. Jadi, saya kurang nervous sikit.
“Selepas ini, isteri saya dinasihatkan untuk tidak hamil lagi selepas empat kali menjalani pembedahan. Cukuplah empat orang anak. Dua lelaki dan dua perempuan. Yang penting isteri dan anak sihat,” akhirinya.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehadiran figura penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang bersiaran secara langsung pada Ahad, nyata menggamatkan penonton yang memenuhi ruang tempat duduk di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bintang yang sinonim digelar sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara itu membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof, di tengah-tengah persembahan.
Sebaik kelibatnya muncul seluruh penonton bersorak dan rata-ratanya tidak menjangka akhirnya penyanyi itu membuat kemunculan di pentas berprestij berkenaan.
Siti yang mengenakan busana rona merah hati mendapat sorakan dan tepukan gemurah dari penonton yang ternanti-nantikan kelibat penyanyi itu selepas sekian lama tidak muncul di pentas AJL.
Terdahulu Siti dalam satu kenyataan media akui tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana di pentas AJL34 nanti.
Terdahulu berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu telah diganti oleh Bob apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.
Anta Permana merupakan lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.
Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL pada 2008 iaitu AJL22 menerusi lagu Destinasi Cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam mengakui mereka sudah tidak tinggal serumah sejak Mei lalu.
Katanya kepada MH, perkara itu berlaku sejak isu sensasi melibatkan mereka, sebelum ini.
Bagaimanapun jelas model ini, mereka masih lagi bergelar suami isteri.
“Rasanya semua orang tahu apa yang berlaku antara kami, cuma sekarang saya mahu fokus dengan kandungan yang bakal lahir tak lama lagi.
“Kami tidak lagi tinggal bersama, namun kami masih suami isteri.
“Saya hanya ingin fokus dengan kandungan sahaja ketika ini dan saya cuba untuk selesaikannya selepas selepas kelahiran bayi ini nanti,” katanya.
Terdahulu, Nelissa ditemui pada Anugerah Stail EH! 2019 di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur pada Khamis.
Terdahulu, Nelissa baru mengadakan majlis baby shower minggu lalu, sementara suaminya pula berada di Barcelona, Sepanyol bagi melakukan aktiviti berbasikal di sana.
Terdahulu, rumah tangga Nelissa dan Ammar menjadi perhatian ramai apabila wanita itu sendiri ada mendedahkan mengenai suami yang didakwa berlaku curang ketika dirinya sedang hamil enam bulan.
Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Foto: Instagram Nelissa, carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejurus mendikan rumah tangga, pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan dan suaminya, Muhammad Multazam Nasir berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah, pada Sabtu.
Sambil berkongsikan momen indah ketika berada di Tanah Arab, Nelysa turut berkongsi suasana ketika dia mencari ikhtiar untuk mencium Kaabah dan Haharul Aswad.
“Hari paling bahagia, dapat cium Kaabah, cium Hajarul Aswad (tak dapat snap gambarlah sebab dah macam fight tadi).
“Nak menangis rasa Tuhan bagi kesempatan dalam ramai ramai orang bergelut, I dapat menyelit ke depan sekali. Letak muka betul-betul dalam Hajarul Aswad, cium.
“Rasa lagi hitam Hajar Aswad tu sebab I yang pendosa ni yang cium. Tapi paling tak sangka sebab I ni kan kecik. Selalu orang kecik ni kena pijak je tapi tadi I duk bergelut sama dengan orang tinggi tinggi.
“I teringat mak mertua punya pesanan, kalau rasa susah ingat baca ‘Rabbi yassir wala tu’assir’. I baca sampai ke sudah. Tahu tahu sampai kedepan. Alhamdulillah. Paling pendosa ni cium, rasa hina betul diri ni,” luahnya.
Nelysa berkongsikan perkara itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Insta Stories.
Tambah Nelysa lagi, dia berterima kasih kerana usaha yang dilakukan turut disebabkan bantuan yang diberikan suami tersayang.
“Kesian Azam, dialah yang tolong sebab I nak sangat cium. Dia dahulukan I dulu, I dapat cium tapi dia tak dapat sebab dia risau bini dia lemas.
“Dia duk kisah nak tarik kita je. Terima kasih suami. Semoga satu hari nanti you dapat kesempatan juga. I doakan,” nukilnya lagi.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...