Kemeriahan sambutan Aidilfitri buat penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah bakal jadi lebih bermakna apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin dijadualkan akan melahirkan anak keempatnya pada 14 April ini.
Menurut Jamal, isterinya itu akan melahirkan anak bongsu mereka secara pembedahan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.
“Alhamdulillah, sambutan hari raya Aidilfitri saya sekeluarga tahun ini akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata bongsu. Isteri saya bakal melahirkan bayi perempuan pada 14 April ini secara pembedahan.
“Banyak perkara yang harus saya tempuhi menjelang minggu hadapan. Kalau ikutkan, saya merancang untuk isteri melahirkan anak bongsu kami pada 1 April sempena ulang tahun perkahwinan tapi doktor kata terlalu awal dan memberikan tarikh 14 April ini,” katanya kepada MH.
Jamal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu raya terbaru, Rindu Di Hari Lebaran ciptaan S Atan dan lirik oleh Siso yang diterbitkan FMC Music di Hotel Tenera, Bangi, malam tadi.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Seniman Menangis ini turut mendedahkan dirinya telah menemukan nama yang sesuai buat anaknya itu meskipun sebelum ini pernah meminta pandangan daripada para pengikutnya di laman sosial.
“Alhamdulilah, nama-nama yang para peminat cadangkan pun bagus juga. Saya terima hampir beratus nama menerusi kiriman mesej langsung (DM). Namun, selepas mendengar pandangan ramai, katanya lebih baik saya cari sendiri nama sesuai.
“Saya ada mencari nama seperi ibu Nabi Yusof, makna air mata syurga dan beberapa nama lain. Kesemua nama tersebut mempunyai maksud yang indah.
Ads
“Namun, saya belum boleh kongsikan lagi kepada umum. Tunggulah selepas isteri saya melahirkan nanti,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah beliau risau dengan keadaan isterinya yang bakal menjalani pembedahan kelahiran buat kali keempat, Jamal memaklumkan dia kini lebih yakin kerana teknologi sudah semakin canggih.
“Di zaman ini, teknologi sudah semakin baik. Jadi, kita tidaklah terlalu risau sangat. Kalau zaman dahulu, kita risau kalau anak ini ada komplikasi lain.
Ads
“Doktor pakar sekarang ini sudah boleh buat penilaian dengan lebih baik. Kalau ada apa-apa yang berlaku, mereka boleh kesan lebih awal. Jadi, saya kurang nervous sikit.
“Selepas ini, isteri saya dinasihatkan untuk tidak hamil lagi selepas empat kali menjalani pembedahan. Cukuplah empat orang anak. Dua lelaki dan dua perempuan. Yang penting isteri dan anak sihat,” akhirinya.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal akui terkejut selepas melihat kebolehan anak perempuannya, Hayla Adzkia untuk melakonkan babak-babak sedih.
Menurut Wawa, dia juga mendapat pujian daripada pihak produksi apabila anaknya itu dikatakan mudah untuk menjiwai watak lebih-lebih lagi bila melibatkan adegan yang memerlukan air mata.
“Ya Allah tak sangka @haylaadzkiya power betul belakon air mata ek. Request air mata zass terus keluar.
“Crew-crew cakap macam ada suis. Satu hari nanti kau akan terkenal satu Bukit Bintang dik,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu menerusi sebuah hantaran yang video yang dimuat naik di laman Instagram petang tadi.
Wawa turut menambah, anaknya itu bakal muncul menerusi sebuah drama yang akan ditayangkan pada hari raya nanti.
Malah, Aeril juga turut dikatakan akan membintangi drama tersebut.
“Korang nak tengok lakonan Hayla tak? Nantikan drama hari raya Hayla nanti. Mak dia pun feeling tau nangis,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum selain turut merasakan Hayla bakal mengikut jejak langkah ibi bapanya satu hari nanti.
“Talented la Hayla.
“Sedihnya. Terasa lakonannya.
“Mesti rajin tengok drama atau movie mak dia berlakon dulu-dulu ni.
“Good job Hayla. Ikut pak dia kuat drama ni.
“Tak, sekarang ni kenapa saya pun mengalir air mata. Alaaa sayang hebat seperti parents dia,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir 60,000 jumlah tontonan di Instagram.
Sekadar informasi, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri yang kini baru berusia 4 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedutan video hos Nabil Ahmad yang mengusik pasangan selebriti popular, Noor Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz di program hiburan MeleTOP baru-baru ini mencuri tumpuan warganet.
Menerusi segmen tersebut, Neelofa dan PU Riz diminta untuk menyahut cabaran demo siapkan bayi di samping pasangan selebriti yang juga baru sahaja menimang anak sulung, Syamel dan Ernie.
“Inilah cabaran dia, kita nak tengok kecekapan ibu bapa baru ini,” kata Nabil yang turut menilai hasil yang dilakukan kedua pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, set menjadi kecoh apabila Nabil tiba-tiba menutup wajah patung sambil memberitahu Bilal (nama anak Neelofa dan PU Riz) yang belum bersedia untuk dikongikan wajahnya.
“Bilal belum ready ya. Minta maaf. Tak boleh reveal muka,” kata Nabil spontan sambil dibalas Neelofa.
“Ini juga satu… Apa orang kata? Nanti budak-budak kena (penyakit) ‘ain’,” kata Neelofa.
Video awal yang dimuat naik menerusi saluran YouTube MeleTOP itu turut dikongsikan kembali di akaun Tik Tok Markaz Tijaari yang sehingga kini menerima hamlpir tiga juta tontonan bersama reaksi pelbagai yang ditinggalkan warganet.
Terdahulu, pasangan berkenaan sebelum ini memilih untuk belum lagi berkongsikan wajah penuh permata hati pertama mereka kerana sebab tertentu.
Keputusan yang dibuat mereka sekali gus menerima reaksi pelbagai warganet meski ada yang menghormati pendirian pasagan terbabit.
Neelofa menerusi media sebelum ini turut memaklum dia mempunyai alasan tersendiri, antara lain kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya sediri daripada terkena sakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).
Jelasnya, tumpuan orang ramai adalah lebih kepada mereka, lebih-lebih lagi kerana mungkin terlibat dalam seni, meski cabang keduanya berbeza.
“Saya dari dunia seni dan bapa Bilal juga terlibat dalam dunia yang sama walaupun arahnya berbeza. Mungkin fokus orang nak tengok tu lebih.
“Kita cuba nak elakkan ‘Ain sebab kita tak tahu. Saya sendiri pun tak kuat untuk buat amalan-amalan untuk melindungi anak kami.
“Katakanlah sakit ‘Ain terkena pada budak-budak, mak-mak mereka yang pening kepala nak menjaga nanti. Jadi kami pun ambil langkah yang selamat untuk menghindari perkara tersebut,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nadzmi Adhwa berkongsi sedikit muzik video (MV) lagu Wanitaku yang sudah dimuat naik di Youtube semalam.
Katanya, jalan cerita lagu yang du’remake’ semula itu adalah berdasarkan kisah benar namun tidak dinyatakan dengan terperinci siapa.
“Lagu ni sangat bermakna pada saya. Lagu first single pada 2015 yang saya remake semula. Kerana pembikinan dulu tidak sebaik sekarang dan banyak kekurangan.
“First time saya direct sendiri music video bersama tunjuk ajar director saya @kasroshan Harap usaha saya berbaloi. Dari mula record semula sampai habis shoot MV ni. Terlalu penat.
“Terima kasih kepda yang banyak membantu. You guys know who you are. Kisah dalam Music Video actually based on true story tapi saya tak potray apa situasi yang sebenar.
Situasi agak rumit untuk dikongsikan. Harap korang boleh terima Music Video saya dan lagu #WanitaKu ni,” tulisnya.
Tambahnya lagi, di juga turut berterima kasih dengan rakannya, Ardell Aryana yang sudi meminjamkan suara dan membantunya dalam MV tersebut walaupun dalam keadaan kurang sihat.
“Terima kasih kepada @ardellaryana sudi membantu dan menyanyi. Walaupun dia bukan seorang penyanyi. Kalu korang nak tahu masa recording lagu ni keadaan dia tak stabil tapi dia bantu juga saya.
“Aku appriciate sangat do @ardellaryana thankyou. Special thanks to my family , @elysian_beauty_hq @alwadelhijab @yourmouthwantme @imsohotbae and @ajmusicmalaysia serta semua team yang terlibat!
“Thankyou beri kepercayaan bawak lagu #Wanitaku ni ya @aimansidek_ @azahari_jaafar #MVWanitaKu Khas untuk korang semua,” tulisnya lagi.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...