Pelakon Amerul Affendi memilih untuk tidak menjadikan lakonan sebagai kerjaya utamanya dan mahu beri fokus juga terhadap bidang pertanian dan penternakan di kampung.
Menurut Amerul, keputusan tersebut harus dibuat memandangkan situasi industri lakonan masa kini seakan-akan tidak memihak kepadanya.
Malah, dia juga meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pemain industri yang disifatkan lebih mementingkan populariti di media sosial berbanding ilmu dan bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon itu.
“Isu melibatkan followers ini, mula saya suarakan pada dua tahun lepas. Sejujurnya saya memang agak terasa. Saya rasa seperti apa guna saya belajar di Akedemi Seni Kebangsaan (ASK) dahulu selama tiga tahun, berhabis masa dan duit tetapi bila nak keluar bekerja yang dinilai adalah jumlah followers.
“Kerana itulah saya ambil keputusan untuk tidak menjadikan lakonan ini kerjaya utama sebaliknya hanya sebagai hobi. Disebabkan itu saya pulang ke kampung untuk mengusahakan bidang pertanian dan penternakkan.
Ads
“Kemudian, bila saya dah ambil keputusan tersebut, saya tak bergantung harap lagi pada kerjaya lakonan untuk menjana pendapatan,” katanya kepada MH.
Amerul berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Malah, bintang berusia 35 tahun ini turut menyifatkan segelintir penggiat seni di negara ini dilihat seperti masih lagi tidak belajar daripada kesilapan lalu terutamanya dalam soal royalti dan kelompangan kontrak.
Ads
“Sewaktu tempoh PKP lalu, ramai pemain industri yang mula sedar cara kerja kita sebelum ini tak berapa betul. Stesen tv kerap ulang tayang karya-karya kita tapi kita tidak dapat apa-apa pun.
“Ramai sebenarnya yang sedar mengenai situasi ini. Malah, ada juga yang mempersoal peranan yang dimainkan stesen tv dalam membantu orang-orang industri yang tengah susah pada ketika itu.
“Sekarang ini, kita kena lihat balik terma-terma kontrak kita selama ini. Bila kita dah fight mengenai isu ini dan ada producer berjaya dapatkan ‘intellectual properties’ tetapi masalah lain pula timbul apabila produser-produser ini pula bersikap seperti stesen tv.
“Mereka tak nak bayar royalti. Sekurang-kurangnya bagilah sedikit atas usaha dan penat lelah mereka. Satu peratus atau 0.01 peratus pun dah memadai untuk penggiat seni ini dapat meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Amerul kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Prebet Sapu.
Prebet Sapu menceritakan mengenai kisah kepayahan dua orang anak muda untuk mengubah nasib hidup mereka di ibukota, Kuala Lumpur.
Selain Amirul, filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon, Mei Fen Lim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah, Datin Seri Umie Aida ada berkongsi tip istimewa bagi memudahkan menunaikan solat sunat dengan tenang di Raudah.
Jelasnya, apa yang penting, tenaga harus mencukupi dan seelok-eloknya tidur selepas Isyak supaya mampu berjaga ketika jam 12.30 tengah malam.
“Assalammualaikum… me nak kongsi sikit cara masuk raudah dengan mudah.. InsyaAllah.. 1) lepas isyak kena tido.. untuk kumpul energy malam nanti. 2) 12.30 malam pergi masjid utk last group masuk ke raudah. Masa ni masih lagi ramai orang. 3) bila last group dibenarkan masuk.. jangan berebut2 dan berlari2 … tenang2 je. Take ur own sweet time. 4) banyakkan berzikir selawat keatas nabi. 5) tiba di raudah.. masih ramai org kan.. jadi biarkan mereka solat.. you all bole mengaji , zikir & solat tahajud dulu di luar raudah. Dan rasanya dalam pukul 1.20 pintu akan ditutup.
“Masa itulah.. keadaan raudah sangat tenang dan InsyaAllah.. dapat buat beberapa solat yang you all mahukan. Segalanya dengan izinNYA… percaya pada rezeki dari Allah. Saya mendoakan kita semua sentiasa didalam rahmatNYA dan diberkatiNYA. Aamiin… Semoga tips ini dapat membantu jemaah semua. InsyaAllah.. ❤#salamjumaat #raudah #madinah,” kongsinya.
MH pasti ramai yang tahu dan familiar dengan pusat beli belah, Ampang Park yang terletak di tengah-tengah pusat bandar, Kuala Lumpur kan?
Untuk pengetahuan semua, Ampang Park bakal menutup pintunya secara rasmi pada 31 Disember ini selepas 44 tahun beroperasi.
Ampang Park merupakan pusat beli belah yang pertama dibina di Malaysia pada tahun 1973 dan pastinya ramai yang pernah mempunyai kenangan manis mahupun pahit di sini.
Bangunan pusat beli belah ini sedang dirobohkan untuk membuat laluan bawah tanah dan stesen MRT lima tingkat untuk laluan baru MRT2.
Walaupun banyak shopping mall yang dibina bagai cendawan tumbuh namun Ampang Park tetap mendapat sambutan daripada ramai pengunjung kerana sudah mempunyai pelanggan tetap terutamanya dari kumpulan yang berpendapatan sederhana.
Selepas hampir satu tahun berjuang untuk mempertahankan bangunan ini, mahkamah telah menolak rayuan daripada 39 pemilik dan penyewa premis yang menentang rancangan untuk merobohkan bangunan tersebut untuk membina stesen MRT Ampang Park yang menghubungkan laluan bawah tanah dengan stesen baru tersebut.
Menurut sebuah portal, Salah seorang peniaga di pusat beli belah tersebut, Jennifer Lee, 55 seperti tidak percaya harus meninggalkan kedai warisan keluarganya yang diwariskan oleh datuknya.
Bangunan ini merupakan salah satu daripada kenangan zaman kanak-kanaknya di mana dia membantu datuk mengemas rak di dalam kedai dan dia juga telah menganggap kedai itu sebagai rumah kedua buatnya.
“Saya sangat sedih kerana pihak pengurusan memberikan surat untuk berpindah pada 1 Disember, saya berasa susah untuk tidur kerana sudah berada di sini selama 44 tahun dan banyak barang saya yang saya tidak tahu untuk letakkan di mana kerana masih belum menjumpai tempat baru.
“Saya telah berada di sini sejak tahun 1973 ketika bangunan ini dibuka dan saya bercadang untuk meninggalkan tempat ini pada hari terakhir. Saya benar-benar tidak mahu tinggalkan tempat ini,” katanya kepada Malaysia Kini sambil menahan air mata.
Sumber: Malaysia Kini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada tahun ini.
Selain senarai pemenang trofi yang menjadi perhatian, jom ikuti corat-coret menarik sepanjang AME2019 tahun ini.
Datuk Ramli M.S yang bertindak sebagai pengarah muzik di AME tahun ini nyata mengubat rindu peminat terhadap muzik latar yang mainkan.
Tarian salah seorang pengacaranya, Neelofa yang menari mengikut rentak dua lagu popular, Single Ladies (Beyonce) dan Kill This Love (BlackPink) nyata membuatkan para penonton riuh di Axiata Arena. Sementara aksi Jihan dan Nabil masing-masing miming lagu TokTi dan G Dragon turut curi tumpuan.
Johan yang diumumkan sebagai Penyampai Rasio MeleTop mewakilkan anak-anaknya untuk menerima trofi. Difahamkan, Johan tidak dapat meraikan kemenangan di pentas AME tahun ini kerapa punyai komitmen lain.
Persalinan baju terakhir dari Jihan nyata mendapat perhatian penonton menerusi perincian yang sarat memenuhi segenap inci gaun melekap tubuh yang dipakainya. Malah ada yang samakan baju yang dipakai Jihan saling tak tumpah seperti gaun salah seorang finalis Miss Universe 2007!
Dayang Nurfaizah yang turut pulang dengan satu kemenangan bersama Hael Husaini bagi kategori Grup/Duo MeleTop menerusi lagu Haram Pula turut ‘memancing’ mata ramai menerusi stail rambut yang digayakan. Katanya kepada MH, dia ada memberikan rujukan tersebut kepada skuad cantiknya beberapa hari awal sebelum AME berlangsung.
Ramai yang tak sedar, kemenangan Siti Nordiana untuk dua kategori termasuk Artis Top Top MeleTop Wanita bersamaan dengan tempoh 20 tahun penglibatannya dalam seni.
Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri yang mewakili anaknya, Yusof yang meraih undian tertinggi menerusi kategori Si Cilik MeleTop pula tidak menyangka anak keempatnya itu berjaya memenangi kategori tersebut memandangkan bapa serta ibunya bukanlah 100 peratus orang seni.
Foto: MH dan Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!