Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon Ruhainies menjadi perhatian gara-gara tampil dengan persalinan yang dikatakan agak seksi sehingga mendedahkan bahagian dadanya ketika menghadiri sebuah acara.

Video yang memaparkan ‘outfit’ penuh Ruhainies sewaktu menghadiri acara berkenaan turut tular di seluruh platform media sosial.

“10 Gambar Tangan Di Dada, Kenapa Pakai…,” – Baju ‘Nampak Lurah’ Waktu Hadiri Majlis? Netizen Tegur Ruhainies

Tidak terhenti di situ, netizen turut membanjiri ruangan komen di laman Instagram selepas Ruhainies memuat naik foto-fotonya ketika menjadi salah seorang selebriti undangan diacara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Rata-rata netizen merasakan Ruhainies seakan tidak selesa ketika mengenakan sepersalinan tersebut kerana hampir kesemua foto yang dimuat naik, Ruhanies dilihat terpaksa menggunakan helah tangan atau mengubah sudut gambar bagi menutupi bahagian dadanya.

Ads

“Nampak tak selesa tu pakai seksi. Tak payah la teruskan. Tak seksi pun dah cantik sangat.

“Dah pakai macam tu, nak cover-cover pula. Tak selesa, lain kali jangan pakai. Jadi diri sendiri. Ikut keselesaan sendiri.

“Tahu mahu. Tak payah la pakai. Kan cantik lagi sopan macam biasa.

“10 gambar, semua tangan dekat dada. Kenapa pakai kalau tak selesa,” antara komen-komen netizen.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Sementara itu, ada juga netizen yang menegur cara baik tentang pemakaian pelakon drama Bintang itu.

“Kadang-kadang orang sponsor baju jadi kena pakai. Memang dia tak selesa dengan baju tu. Lepas ni boleh siapkan cover. Boleh lebih kreatif untuk lebih selesa. Awak memang orang baik-baik. Ada rasa malu.

“Bila ada rasa malu, maksudnya masih ad iman dalam diri. Slowly but surely.

Ads

“Kenapa ramai bitter sangat dekat komen ni. Nak tegur, tegurlah elok-elok. Nak perli-perli macam tak pernah buat dosa pula sorang-sorang ni.

“Bagus Anis ni. Dia tahu baju terdedah sikit. Cover je tak henti,” kongsi netizen lagi.

Apapun, bagi MH, tak salah kalau kita nak menegur tapi seeloknya gunalah bahasa yang baik. Jangan menegur sampai orang lain berasa terhina. Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ruhainies

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI