Baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul I Want You To Love Me, penyanyi Alif Satar gembira kerana lagu ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong dan Mike Chan mendapat tempat dihati peminat.
Malah, setakat ini rata-rata pencinta muzik lokal memeberikan reaksi positif.
Sekali gus dua orang puterinya, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca dilihat turut terhibur dengan lagu bergenre pop itu.
Perkara itu di kongsikan bintang Dia Semanis Honey di Instagramnya sendiri.
“10x ulang…The girls twirling and dancing non stop. My kakak Alisha and adee
Sejurus tampil memberikan penjelasan mengenai beberapa isu tular yang melibatkan dirinya serta Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Haris, 25, sebagaimana yang diperkatakan sejak Sabtu, ruangan Instagram selebriti dan usahawan, Neelofa dihujani dengan ribuan komen warganet.
Malah, antara ribuan komen yang diterima, rakan selebriti turut sama tidak ketinggalan mememberikan kata semangat buat bekas hos MeleTOP itu.
Malah, ada di antara mereka yang mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Hasil tinjauan MH, antara rakan artis yang meninggalkan komen pada hantaran video terkini Neelofa yang merungkai pelbagai spekulasi yang bertebaran itu termasuk Tiz Zaqyah, Elizad, Shuib, Mawar Rashid dan ramai lagi.
Sementara itu menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Ahad, Neelofa antara lain menafikan beberapa dakwaan berkaitan status serta beberapa hal lain sebagaimana didakwa.
Figura berusia 31 tahun itu pada masa sama turut berharap agar semua pihak dapat memahami seterusnya tidak lagi terus membuat andaian yang tidak tepat berikutan pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar mengenai mereka yang boleh menjejaskan nama baik keluarga.
“Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.
“Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.
“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.
Ahli perniagaan asal Kelantan itu juga turut memohon maaf kepada seluruh ahli keluarganya termasuk keluarga Haris atas apa yang berlaku.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai status hubungan Neelofa dan PU Riz mulai diperkatakan netizen menerusi media sosial dan menjadi ‘trending’ di Twitter berikutan beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu dan adik-beradiknyaitu di Instagram menjadi viral.
Malah, rata-rata netizen juga sama memuat naik kembali tangkap layar tersebut lalu membuat spekulasi mengenai status hubungan pasangan personaliti berkenaan.
Adik beradik popular, Uqasha bersama dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose kini sedang menantikan detik menjejakkan kaki ke tanah suci, hari ini bagi mengerjakan umrah.
Turut mengiringi rombongan berkenaan ialah ahli keluarganya yang lain.
Umrah keluarga besar ini disifatkan paling bermakna apabila buat pertama kalinya, ia turut disertai ketiga-tiga pelakon berkenaan.
Uqasha memberitahu, dia tidak mahu memikirkan soal remeh temeh apabila menunaikan umrah kelak.
Sebaliknya, dia hanya mahu beribadah di samping berdoa di hadapan kaabah, memohon keampunan dariNya.
“Saya tak nak fikir soal lain, apa yang bakal difikirkan orang lain. Lebih gemar untuk saya fokus dengan umrah, di samping berdoa supaya menjadi insan yang lebih baik selepas ini,” katanya kepada MH.
Menerusi Instagram, ketiga-tiganya ada memuat naik beberapa foto sebelum berangkat ke Mekah.
“Kepada rakan Instagram, maafkan segala salah dan silap, doakan perjalanan saya dan keluarga saya ke tanah suci menunaikan umrah berjalan lancar, insyaAllah,” tulis Raysha.
Semoga mendapat umrah yang mabrur dan semoga perjalanan pergi dan pulang kalian dipermudahkan, amin.
Foto: Instagram Nelydia, Raysha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah terkenal Syafiq Yusof enggan menyalahkan mana-mana pihak susulan kegagalan filem arahannya, Sheriff yang kurang mendapat sambutan dan terpaksa dihentikan tayangan lebih awal di Indonesia.
Menurut Syafiq, dia berharap semua pihak berhenti memainkan sentimen kebencian dengan mengatakan rakyat Indonesia tidak akan sesekali menonton filem-filem yang dihasilkan pengarah Malaysia.
“Sentimen yang mengatakan filem Sheriff tidak laku di Indonesia kerana mereka tidak sokong filem Malaysia adalah 100 peratus tidak benar.
“Kegagalan filem Sheriff di Indonesia adalah kegagalan saya sendiri. Tidak harus persalahkan sesiapa,” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh adik kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi X.
Katanya lagi, dia juga akan memperbaiki mutu pengarahannya itu akan terus cuba menghasilkan karya terbaik.
“Rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mahu dipertonton. Saya akui filem Sheriff masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan filem-filem aksi Indonesia.
“Sekiranya sesebuah filem itu tidak laku di sesebuah tempat, itu bukan salah penonton tetapi salah pembikin,” ujarnya lagi.
Pada masa sama Syafiq turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang terlibat dan telah membenarkan filem Sheriff ditayangkan di Indonesia.
“Saya yang harus bertanggungjawab atas kegagalan ini dan harus terus berusaha untuk memperbaiki kualiti filem saya di masa depan.
“Saya berterima kasih kepada negara Indonesia kerana memberi peluang untuk filem Sheriff ditayangkan di sana,” kongsinya lagi.
Terdahulu menerusi ciapan di aplikasi X, Syafiq reda apabila tayangan Sheriff di 100 pawagam di Indonesia diturunkan secara drastik selepas dilaporkan kurang mendapat sambutan sejak mula ditayangkan pada 23 Mei lalu.
Hal ini kemudiannya menjadi bertambah hangat bila ada segelintir pihak yang cuba memainkan isu ini untuk melaga-lagakan dua negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...