Selepas memutuskan untuk tetap melangsungkan ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ pada tanggal 9 Mac depan, seorang individu tampil menyelar keputusan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
Menurut individu berkenaan, Siti seakan tidak menghormati bulan Ramadan selain turut memerli penyanyi berkenaan sebagai umat akhir zaman.
“Akhir zaman. Malam Ramadan itu. 10 Mac dah puasa,” tulisnya di ruangan komen kenyataan yang dikongsikan Siti di Instagram pada petang Khamis.
Tidak melatah, Siti sebaliknya memberikan respon balas dengan membetulkan kenyataan individu berkenaan.
“10 Mac tarikh tengok anak bulan puan. Saya betulkan. Belum puasa lagi tapi saya doakan puan dan keluarga,” balasnya.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor menyarankan Siti untuk menunda konsert solonya ke satu tarikh lain bagi menghormati kehadiran bulan Ramadan yang dijadualkan jatuh pada tanggal 12 Mac ini.
Ads
Sementara itu, memerusi satu kenyataan pada Khamis, Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, pihaknya dengan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Mufti Pulang Pinang itu.
Bagaimanapun beliau berkata, setelah mengambil kira matlamat dan objektif utama penganjuran konsert tersebut, maka Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza secara konsesus untuk meneruskannya.
“Izinkan kami untuk sekali lagi menjelaskan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan.
“Tujuan konsert ini adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster iaitu Kebajikan, Kemanusiaan, Keagamaaan, Pendidikan dan Bantuan Khas Palestin.
“Kesemua kluster berkenaan menjadi keutamaan Yayasan Nurjiwa dan bagi meneruskan kerja kebajikan ini, ia memerlukan dana mencukupi.
Ads
“Segala hasil kutipan tiket daripada pementasan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza akan disalurkan ke lima kluster berkenaan,” katanya.
Jelasnya lagi, alasan lain yang menyukarkan untuk menangguhkan konsert adalah faktor ketiadaan tarikh ganti yang sesuai.
Dalam pada itu, Khalid turut memaklumkan penundaan konsert itu akan memberikan implikasi yang besar kepada banyak pihak khususnya produksi serta pengurusan PSM.
Ads
“Bahkan, apa yang kami gusarkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak disaluran dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutamanya mangsa perang di Palestin.
“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.
“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.
“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedar tak sedar, kumpulan Slam yang popular sekitar tahun 90-an kini sudah lebih dua dekad dalam industri hiburan.
Dalam kegembiraan itu, anggota kumpulan Slam yang dihadiri Zamani (vokalis) dan Shah (gitaris) telah mengadakan majlis secara sederhana bersama peminat di sebuah restoran baru-baru ini.
“Kami nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd semua yg dengar lagu dan mengundi lagu kami di radio..Terima kasih kerana masih sayang lagi Slam, tanpa ada, kami tak akan bertahan sehingga hari ini.. InsyaAllah.. Kalau ada rezeki, kami plan nak buat konsert tahun depan .. ni semua untuk anda,” kata Shah teruja.
Video yang dikongsikan Shah itu memaparkan wajah-wajah ceria dan keterujaan mereka meraikan ulang tahun penubuhan kumpulan Slam yang ke-25 tahun itu.
“Terima kasih tak terhingga kepada semua yang masih mendengar lagu2 slam & mengundi di carta2 radio.. slam dah lebih 25tahun.. happy 25 anniversary slam,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, video tersebut dibanjiri komen dari netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kumpulan yang popular dengan lagu Kembali Terjalin.
Wah! Kalau benar apa yang dikatakan Shah itu, pastinya tahun 2019 menjadi titik bersejarah buat peminat Slam untuk hadir ke konsert yang gilang-gemilang! Tak sabarnya!
Video : Instagram Shah Slam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulangtahun kelahiran bapa Safiey Illias, usahawan kosmetik itu telah meluahkan rasa sukacitanya dalam memberi keselesaan buat kedua ibu bapa tercinta.
Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Illias turut berkongsi gambar ibu bapanya itu yang dimuat naik di Instagram.
Menariknya, Safiey ingin membeli rumah banglo bernilai RM7.8 dan mahu kedua ibu bapanya tinggal bersama.
“Happy befday ayah . Apit janji sebelum raya dapat ayah dpt duduk rumah banglo apit bernilai RM7.8juta dan dapat bawak lamboghini apit .
“Sori ayat lagu syinta Gila x berjaya seperti yg apit plan . Tp xpe semua yg terjadi ada hikmah,” tulis Safiey.
Padan ada sama, pengasas kosmetik ini juga turut mendoakan agar impiannya itu tercapai.
“Doakan apit ya ayah . Xd rezeki dkt situ ada rezeki dkt sana. Pasal biasiswa tu nnti mood syinta dh oke , payment syinta dh dpt , syinta buka ya . Skrg nk bg pun xleh bg sebab belum terima bayaran apa2,” tulisnya.
Dalam pada itu, Safiey turut mendoakan agar lagu keduanya dapat diterima ramai.
“Untuk itunes lg la bulan 3 baru dapat . Doakan lagu syinta yg kedua ya . Syinta tahu apa nk buat,”jelasnya.
“Doakan je ya semua . Doakan apit ya ayah dan mak dapat capai semua impian apit . Amin,” tambahnya lagi.
Setelah hampir lima tahun menyulam cinta, pelakon Eyka Farhana selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan dua merpati sejoli ini sah bergelar suami isteri tepat jam 10.12 pagi dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang, di sini, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Wan Sarmizi Wan Ibrahim di hadapan Jurunikah Pejabat Agama Islam Gombak, Jaslan Ali.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Pada majlis itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima mas kahwin sebanyak RM3,200.
Majlis akad nikah yang berlangsung secara sederhana membabitkan ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.
Menerusi hantaran di Instagram, pasangan ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan persalinan sedondon rona putih.
Malah, menerusi hantaran sama, Eyka dan Akhyar turut berkongsi beberapa foto sewaktu majlis akad nikah sedang berlangsung.
Majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Alicia Amin yang bertindak sebagai pengiring dulang hantaran.
Pasangan itu bertunang pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.
Kredit Foto: Instagram Eyka Farhana, Akhyar Rashid, Loomfilm.my & Pixelsfilm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!