Sejak dianjurkan lebih 40 tahun lalu, tidak dinafikan pertandingan Dewi Remaja banyak memperkenalkan bakat baru dalam industri hiburan tanah air. Saban dekad bakat bersilih ganti muncul dan semestinya generasi baharu menjadi penerus legasi kepada jenama ini.
Berikut adalah senarai 10 selebriti wanita generasi baharu yang memulakan langkah mereka dalam dunia seni menerusi Dewi Remaja.
Anna Jobling
Pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/19 ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Telah mengukuhkan namanya sebagai pelakon popular di Malaysia dan Indonesia, Anna Jobling kini antara finalis Dewi Remaja paling berjaya daripada kelompok generasi baharu pertandingan ini. Pernah menang pelbagai anugerah seperti Anugerah Bintang Popular dan Gempak Most Wanted Awards, ini cukup membuktikan popularitinya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Arena Lieya
Pemilik nama penuh Arena Wan Mun-Yi ini merupakan rakan seangkatan Anna Jobling dalam pertandingan Dewi Remaja 2018/19. Biarpun tidak berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir sebagai peserta top 5, Arena berjaya dinobatkan sebagai Dewi Favourite bagi edisi tersebut. Kini aktif sebagai pelakon, Arena banyak membintangi drama dan telefilem sebagai teraju utama.
Aween Ismail
Gadis asal Kelantan ini merupakan peserta Dewi Remaja 2018/19. Biarpun menarik diri pada minggu kelima pertandingan atas faktor Kesihatan, pemilik nama penuh Nik Nor Farzuwin Nik Ismail ini berjaya dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada malam finale. Usai pertandingan dia menceburkan diri dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan model. Kini, Aween banyak membarisi kempen-kempen fesyen terutamanya bagi jenama hijab dan modest-wear terkenal di Malaysia.
Ads
Shaza Bae
Shaza Bae atau nama penuhnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri merupakan juara Dewi Remaja 2019. Graduan Universiti Malaysia dan Universiti Teknologi MARA ini mengorak langkah cemerlang dalam dunia lakonan. Kehebatannya terbukti apabila dia pernah memenangi Asian Academy Creative Awards dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan turut tercalon dalam senarai top 5 Anugerah Seri Angkasa 2024 dalam kategori yang sama. Selain berlakon dia turut menambah pengacaraan sebagai salah satu portfolionya.
Syamira Nazir
Merupakan peserta berhijab pertama yang berjaya tembus ke jajaran top 5 dan bergelar pemenang tempat keempat bagi edisi tahun 2019, pemilik nama penuh Nursyamira Izzati Mohd Nazir kini melebarkan sayapnya sebagai pembaca berita dan pengacara. Menjadi wajah hadapan Berita TV9 dan rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O, kecintaanya kepada dunia pengacaraan turut membawanya sebagai seorang jurulatih dalam bidang komunikasi.
Ads
Tracie Sinidol
Merupakan peserta dari Sabah pertama yang bergelar juara. Dewi Remaja 2022 ini antara wajah hadapan di kaca televisyen masa kini. Usai pertandingan, dia terus dilamar untuk bergelar pelakon utama dan sehingga kini membintangi pelbagai drama popular seperti Luruhnya Bunga Cinta, Antara Dua Syurga dan Gadis Masa. Anak jadi Sabah ini juga bakal membuat kemunculan dalam filem mainstream pertamanya bertajuk Blood Brothers yang bakal ditayangkan pada 10 April nanti.
Kimberly Chuah
Gadia berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu ini mencuri perhatian ramai ketika bertanding dalam Dewi Remaja edisi 2022. Berjaya menggondol tempat ketiga, pemilik nama penuh Kimberly Chuah Ching Li ini telah membintangi lebih 25 naskah drama bersiri dan telefilem. Antara lakonannnya yang paling diingati adalah Dr. Pontianak, Project: Exit dan Kisah Cinta Pheobe & Ejoi.
Auni Yusri
Antara bintang yang meningkat naik kini, Auni Yusri merupakan finalis Dewi Remaja 2022 dan berjaya berada di kedudukan top 10. Merupakan graduan jurusan penyiaran dari Universiti Teknologi MARA, sejak pertandingan Dewi Remaja sehinga kini, Auni kerap menghiasi kaca televisyen menerusi pelbagai drama. Antara naskhah lakonannya seperti Luruhnya Bunga Cinta, Keluarga Instafamous, Cinta Wrong Direction. Drama terbaru lakonannya yang ditayangkan ketika ini adalah Sekam Di Dada yang disiarkan di TV3.
Ads
Nurel Baharin
Juara Dewi Remaja 2023 ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi anak jati negeri Sarawak pertama yang menggondol gelaran tersebut. Merupakan raduan dalam jurusan seni persembahan dari Universiti Teknologi MARA, pemilik nama penuh Nurelyana Baharin ini sudah membintangi beberapa drama seperti Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Cinta Wrong Direction Raya dan Demam Viral. Selain itu dia juga merupakan pengacara bagi rancangan hiburan Hlive yang disiarkan di saluran Astro Ria.
Arabella Ellen
Arabella Ellen merupakan adik bongsu dalam senarai alumni Dewi Remaja. Baru berusia 20 tahun, dia merupakan pemenang tempat kedua Dewi Remaja edisi 2023. Merupakan wajah baru dalam industri hiburan di Malaysia, gadis kacukan British-Melayu ini sudah membintangi beberapa drama seperti Bunga Salju, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Yang Tahu Je Tahu dan Curang Tanpa Niat.
Jadi siapa antara mereka yang anda minati?
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Impian cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob untuk mengeluarkan single terbaru akhirnya tercapai dan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Fazley yang kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas menyertai program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) memberitahu, single tersebut akan dilancarkan Jun ini.
“Sebenarnya, pada awal saya memang tidak merancang untuk kembali menyanyi dan mahu fokus kepada bidang masakan. Tapi, selepas sertai GV8 memang terbuka pintu baru untuk saya kembali menyanyi.
“Dua tahun lepas, saya memang ada keluar sebuah single kerjasama dengan komposer Ajai tapi saya kurang war-warkan sangat fasal lagu berkenaan.
“Lagu ni sebenarnya saya dapat sebelum masuk GV, dan dihasilkan oleh komposer dari Indonesia. Tapi disebabkan PKP, saya tak boleh nak pergi buat rakaman di sana.
“Susunan lagu semua ada dan sepatutnya lagu tu keluar waktu pembukaan restoran saya sekali tergendala. Jadi, lagu tu akan dilancarkan InsyaAllah bulan Jun depan,” katanya.
Penyanyi lagu Asmara Ini turut menjelaskan, dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk lagu single terbarunya itu bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
“Sebelum ini, macam saya cakap saya bukan penyanyi pertandingan tapi saya penyanyi rakaman. Saya menyanyi untuk pastikan lagu saya itu dimainkan di radio.
“Tapi dari segi kejuaraan atau pertandingan, saya rasa bukan tempat saya dan tidak layak untuk saya,” katanya.
Bagaimanapun, Fazley berkata dia tidak akan menolak rezeki sekiranya diberi kesempatan dan peluang untuk berentap di pentas angurah tahunan berprestij itu.
“Itu rezeki Allah, saya tidak menolak kalau diberi peluang. Sama juga ketika saya menerima tawaran untuk sertai GV8 sebelum, saya tidak menolak,” luahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fazley sekali lagi berkerjasama dengan Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur dan dirinya diundang sebagai cef selebriti jemputan untuk promosi Ramadan akan datang.
Untuk projek kali ini, Fazley bakal menghidangkan menu bertemakan ‘Sajian Nusantara’ yang mengetengahkan pelbagai juadah makanan dari serata negeri di Malaysia.
Hidangan berkonsep bufet ini akan ditawarkan dengan harga RM178 seorang bagi tarikh 6 hingga 12 Mei manakala 13 Mei hingga 4 Jun dengan RM208 setiap orang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dua minggu tiada penyingkiran, Kumpulan Nico menjadi peserta pertama yang tersingkir menerusi program Gegar Vaganza kelapan (GV8) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Nico yang dianggotai oleh Nico, Alfa dan Dino memperolehi markah paling rendah di antara 13 bintang yang bersaing, iaitu dengan 50.10 peratus.
Sementara itu persembahan memukau menerusi lagu Semalam meletakkan Nikki Palikat di tangga teratas dalam kedudukan markah iaitu dengan 84.80 peratus.
Aliff Aziz memperolehi markah sebanyak 83.90 peratusdi kedudukan kedua dan diikuti Adibah Noor dengan 81.30 peratus.
Berikut ialah senarai markah kesemua peserta GV8 minggu ketiga;
Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan.
GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari
Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Aweera manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home berpihak kepada Sa.Ya.
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui berasa amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk merialisasikan impian isterinya, Dr. Afifah Tawfek untuk membuka sebuah klinik pergigian miliknya sendiri.
Menurut Nubhan, sebagai suami, dia akan sentiasa mendukung dan menjadi tulang belakang buat isterinya untuk mencapai apa yang diidamkan.
“Alhamdulillah, impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri. Mungkin rezeki baby baru ni.
“Sebagai suami, saya akan sentiasa menjadi tulang blakang depan kiri dan kanan wife saya. Dan merealisasikan impian orang tersayang adalah satu kebahagiaan buat saya,” kongsinya lagi.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nubhan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Nubhan turut menambah, klinik yang bertempat di Bandar Sri Sendayan, Seremban itu bakal memulakan operasinya tidak lama lagi.
“@lantara.dental dah siap sepenuhnya. Akan beroperasi tak lama lagi. Klinik ini terletak di METRO PARK BANDAR SRI SENDAYAN, SEREMBAN,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nubhan dan isterinya akan terus sukses selepas ini.
“Alhamdulillah, semoga Nubhan dan isteri terus sukses.. Aamiin.
“Alhamdulillah happy for both of you. Nak kena pergi but treatment ni.
“Alhamdulillah….tahniah @nubhan.ahamad dan isteri @drfietawfek. Semoga terus berjaya.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Semoga dipermudahkan segala urusan awak sekeluarga. Aamiin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Nubhan dan isteri telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 29 Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille yang baru sahaja dilahirkan pada 12 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nubhan Ahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...