Kata orang, cinta itu buta dan pastinya bila bercakap mengenai jodoh tiada siapa yang dapat menghalangnya. Sebab itulah ada yang kata ‘jodoh tu tak kan salah alamat’.
Menarik, MH bariskan 10 barisan selebriti yang berkahwin dengan lelaki yang muda. Mana satu pasangan yang korang paling suka?
- Kaka Azraff (30 Tahun) & Adam Azriff (25 Tahun)
2. Datuk Sheila Majid (53 Tahun) & Datuk Hashridz Murshim Hassim (47 Tahun)
3. Yatt Hamzah (39 Tahun) & Mohammad Zulfadhli Khiruddin (29 Tahun)
4 Rozita Che Wan (45 Tahun) & Zain Saidin (34 Tahun)
5. Nurinafilah Waharudin (36 Tahun) & Izzue Islam (28 Tahun)
6. Ella Aminuddin (52 Tahun) & Azhar Ghazali (38 Tahun)
7. Linda Jasmine Hashim (46 Tahun) & Que Haidar (39 Tahun)
8. Ayu Raudhah (34 Tahun) & Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (31 Tahun)
9. Fazura (35 Tahun) & Fattah Amin (28 Tahun)
10. Fasha Sandha (35 Tahun) & Aidil Aziz (30 Tahun)
Foto: Instagram selebriti/Carian Google
https://www.youtube.com/watch?v=n65h8gR6l0Q
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berhenti Aniaya Orang! Tak Ada Duit Cari Kerja HALAL” – Ini Rupanya Punca Wawa Zainal Naik Hantu!
Sebelum mindset kita salah, baik kita buat research dulu. Takut nanti menyesal dikemudian hari. Sebarang produk yang dioleskan muka pasti mempunyai bahan yang dikawal yang dipiawai oleh pihak berkenaan.
Namun ada juga segelintir yang eggan melihat keaslian bahan produk itu sendiri. Nah, maka timbul lambakan produk-produk ciplak di pasaran. Baru-baru ini tular di media sosial jenama produk kecantikan tempatan yang dimiliki oleh aktres jelita Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin diciplak.
Wawa Berang Pihak Tak Bertanggungjawab Jual Produk CIPLAK!
Demikian tegas pelakon dan usawan terkenal Wawa Zainal susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjual produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka.
“Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics,” ujarnya, yang menyedari perkara ini selepas mendapat aduan daripada ‘re seller’ dan pengguna.
“Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka.
Produk Tiruan Tiada Jaminan Keselamatan, Risikokan Pengguna
“Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit. Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.
“Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang,” katanya.
Menurut Wawa yang juga penaja program Big Stage musim kelima, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
“Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua ‘re-seller’ dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.
“Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan. Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Ditanya Pada Masa Sekarang, Saya Belum Bersedia Lagi,” – Shuib Tepis Khabar Angin Didekati Selebriti Wanita
Pelawak dan usahawan, Shuib menepis khabar angin mendakwa ada selebriti yang cuba mendekati dirinya selepas pemergian isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.
Akui terkejut, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, dia juga tidak tahu siapakah wanita yang cuba mendekati dirinya dengan lebih dekat sekaligus menafikan dakwaan berkenaan.
“Saya tak tahu langsung… siapa ya? Allahuakhbar, saya tidak tahu. Sekarang ni, memang tiada mana-mana perempuan yang cuba mendekati saya,” katanya.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis Indigital Music Nite di Putrajaya pada Jumaat.
Shuib bagaimanapun menjelaskan, dia masih tidak mahu memikirkan soal jodoh buat masa sekarang dan buat masa ini dia belum bersedia mencari pengganti.
“Soal jodoh saya tak berani nak cakap banyak, tentulah percaturan Allah SWT paling tepat. Saya tak akan tolak jodoh. Apa yang Allah berikan itu yang terbaik.
“Saya juga takkan cakap yang saya tidak akan berkahwin. Mungkin saya muda lagi, baru 37 tahun, anak ada empat orang. Tetapi, saya serahkan pada Allah SWT tentang masa depan, jodoh dan siapa yang saya akan berkawan.
“Namun jika ditanya untuk masa sekarang, saya belum bersedia lagi. Bukan apa, ada perasaan pelik yang akan datang apabila memikirkan soal ini. Bukannya saya takut, tetapi saya terfikir, apa perasaan dia di sana?” katanya jujur.
Sementara itu, Shuib turut akui sekiranya pintu hatinya terbuka untuk mengenali seseorang selepas ini, dia enggan wanita yang mempunyai persamaan dengan Allahyarham isteri.
“Sarah ada dalam kelasnya tersendiri. Lagipun, terpulang pada anak-anak. Kalau mereka suka, mungkin akan diteruskan.
“Jika mereka tidak suka, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Anak-anak saya adalah keutamaan saya sekarang,” jelas Shuib yang turut bersetuju bahawa anak-anaknya yang kini sedang membesar perlukan kasih sayang seorang ibu.
Shuib dan arwah isterinya, mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Mereka kemudiannya dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jujur, Masa Dalam Bot Lagi Rasa Ombak Lain Macam,” – Kandas Di Pulau Perhentian, Fify Azmi Ceritakan Pengalaman
Pelakon Fify Azmi berkongsi pengalaman cemas selepas terkandas di Pulau Perhentian, Terengganu akibat ribut dan hujan lebat, baru-baru ini.
Menurut Fify, operasi menyelamat kesemua mangsa yang terkandas di pulau bekenaan tidak dapat dilaksanakan, ekoran situasi hujan ribut yang berlaku.
“Saya sepatutnya balik dua hari sebelumnya tetapi disebabkan keadaan yang berlaku, kami semua tidak dibenarkan untuk balik.
“Malah, semua bot kecil dan besar tidak dapat nak masuk ke kawasan Pulau Perhentian jadi memang kami semua tak boleh nak balik.
“Waktu operasi menyelamat, tiada satu bot pun yang boleh masuk tapi kami semua berada di satu kawasan yang selamat,”katanya.
Dedah Fify atau nama sebenarnya, Nor Afiqah Mohamed Azmi lagi, situasi tersebut mula berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Jeti Besut ke Pulau Perhentian.
“Sebenarnya, saya pergi ke sini sebab atas ada urusan kerja pelancongan. Mula-mula, masa nak pergi tu memang orang dari pihak sini cakap boleh datang.
“Jadi saya pun pergi, cuma bila dah sampai sana tu tiba-tiba keadaan cuaca mulai berubah. Sejujurnya, masa saya dalam bot lagi dah rasa ombak dia lain macam.
“Cuaca masa tu pun dah gelap, saya sangka awalnya macam hujan biasa jadi, saya pun tawakal sahaja. Sekali hujan pun turut dengan sangat lebat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Kau Cipta Kasih ini bersyukur kerana semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada kejadian buruk berlaku.
“Bagi saya, keselamatan semua orang itu sangat penting tapi Alhamdulillah, semua mangsa di sini selamat dan tak ada apa-apa yang buruk berlaku,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2015 ini lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Fify Azmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI