Pelawak dan penyampai radio, Issey mendedahkan isterinya ketika ini berada dalam keadaan yang baik meskipun usia kandungannya kini telah mencecah lebih empat bulan.
Jelas Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, buat masa ini, isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan cuma dia dikatakan hilang selera untuk makan menu berasaskan ayam.
Katanya lagi, sebagai suami, dia akan melayan apa sahaja permintaan isterinya itu lebih-lebih lagi ketika sedang hamil.
“Alhamdulillah isteri saya sihat je ketika ini. Usia kandungannya dah masuk empat bulan lebih.
“Buat masa sekarang, isteri saya tiada mengidam apa-apa cuma sekarang ini dia tak nak makan ayam. Saya pun pelik. Nak dekat dua bulan tiada ayam dekat rumah.
“Saya sendiri tak tahu kenapa dia macam tu. Sekarang dia lebih suka makan ikan atau daging. Seafood pun boleh cuma ayam je dia tak lalu.
“Jadi, kalau saya nak makan ayam, saya akan makan di luar. Tapi saya tak kisah semua tu. Orang mengandung ni kita layan je apa kehendak mereka,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Suria FM itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria baru-baru ini.
Dalam pada itu, Issey turut memaklumkan, sewaktu dia mengetahui isterinya sedang hamil, dia berasa sangat seronok meskipun sebelum ini dia mempunyai tiga orang anak tiri.
“Bila dapat tahu isteri saya mengandung, saya seronok sangat-sangat sebab sebelum ni Allah dah hantar amanah dekat saya untuk jaga tiga anak yatim. Walaupun anak tiri, saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri.
“Saya jaga elok semua. Bila dikurniakan rezeki seperti ini, bertambah-tambah seronok saya.
“Tiga beradik ni pun seronok menanti kelahiran adik baru yang akan datang ni,’ jelanya lagi.
Sementara itu, Issey turut menjelaskan dia tidak meletakkan harapan yang tinggi mengenai soal jantina anak kerana dia lebih selesa untuk menyerahkan segalanya di tangan Allah S.W.T.
“Kalau tanya saya, sebolehnya saya nak baby girl. Tapi saya tak kisah dan saya serahkan semuanya kepada Allah. Saya reda apa-apa sahaja.
“Lelaki atau perempuan tak penting, yang penting anak itu selamat dan sihat. Kalau tanya saya secara peribadi, saya nak baby girl.
“Sebab sekarang saya ada seorang anak perempuan, sekurang-kurangnya dia ada kawan. Dua abang dan dua adik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup bersama arwah suami.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Masin mulut kau”. Itu antara perbualan dialog antara pelakon Azad Jazmin dan pelawak Angah Raja Lawak kira-kira 10 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram Azad, dia ada memuat naik foto throwback bersama pelawak tersebut dan menceritakan mengenai perjalanan hidup masing-masing pada masa akan datang.
“Do You actually Love your BFF truly? Pic ni tak salah dah berumur lebih dari 10 tahun. Dialog Angah n Azad.
“Angah : kau rase lagi sepuluh kita dah jadi ape cha? (Sambil bertinggung ala ala berak berjemaah hehehe).
“Azad : aku rasa kan ngah hang Akan jadi Dj radio sinar Fm.
“Angah : ye ke Alhamdulillah masin mulut kau cha.. kau pulak jadi ape cha?
“Azad : aku akan jadi artis jemputan hg nanti utk hang intrerview ngah.. hehehe
“Alhamdulillah ngah dah pun terjadi.. lepas ni rasa rasa Saya dan angah_lawaking akan jadi apa pulak lepas ni? Ni uolls pulak jawab?
“Tips— sekiranya anda sayang kawan anda, bukti kan dgn duduk menggangkung bersama sama sambil sembang macam saya n Angah hehehehe,” kongsinya.
Foto tersebut dimuat naik Azad kira-kira 10 tahun lalu bersama Angah atau nama lengkapnya Iskandar Shah Hashim yang kini bertugas sebagai penyampai radio Sinar.fm
Malah, impian tersebut menjadi kenyataan apabila Angah telah menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio setesen berkenaan kira-kira dua tahun lalu.
Lebih teruja, Azad pernah menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.
Untuk makluman, Angah yang juga naib juara MasterChef Selebriti Malaysia (2012) memulakan karier sebagai penyampai radio stesen berkenaan pada tahun 2018 bersama Jep Sepahtu dan Rahim menerusi segmen pagi iaitu Pagi Di Sinar.
Beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila pelakon Hairul Azreen memuat naik video bersama sekumpulan lelaki dengan melontarkan dialog ‘mahu buat anak ketiga’.
Bagaimanapun,perkara itu telah mendapat respon positif dari isterinya,Hanis Zalikha ketika ditemui di Kuala Lumpur lewat petang semalam.
“Itu hanya gurau suami isteri. Tak sensitif pun.
“Tapi saya rasa itu satu benda yang lucu dan kelakar sebab saya tahu dia (Hairul) seorang yang komited, dia cakap dengan kasih sayang dan dia mahukan keluarga yang besar,” kata Hanis kepada MH selepas selesai majlis pelantikannya sebagai duta Happikiddo.
Tambah Hanis, setiap individu mempunyai pandangan berbeza terhadap video berdurasi 19 saat itu.
“Kadang-kadang bila kita buat lawak,ada orang rasa kelakar begitu juga sebaliknya,”jelas Hanis yang bakal melahirkan bayi keduanya akhir Mei depan.
Hanis,28 bagaimanapun terhibur dengan video tersebut.
“Mungkin dia rindu saya dan nak hiburkan saya dengan buat video macam itu,” akhiri Hanis.
Terdahulu, netizen menganggap tindakan Hairul adalah kurang sopan dan tidak menghormati maruah isterinya yang kini hamil di peringkat ketiga (third trimester).
Jom tonton temubual ekslusif MH bersama Ella dalam MHLifestyle.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.