Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi beberapa keping foto sesi makan malam romantis bersama isteri, Wawa Zainal bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.
Seiring dengan perkongsian indah tersebut, Aeril menerusi Instagram turut menitipkan kata teristimewa buat isteri tersayang.
“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini. Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu. Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.
“Terima kasih sayang kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak, dipukul badai ujian.
“Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua,” tulisnya.
Ads
Aeril pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas segala momen yang dikecapi mereka selama ini.
“Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya. Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini.
Ads
“Terima kasih segalanya sayang. Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening. Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian.
“Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya. Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya. Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.
Terima kasih sayang untuk semuanya, kutulis ini kerana hari ini ulang tahun pernikahan kita yang ke-10,” tulisnya lagi sambil memohon moga hubungan yang terjalin kekal selamanya.
Ads
Sementara itu, Wawa juga turut memberikan dedikasinya buat Aeril.
Sekadar informasi, pasangan selebriti ini kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri yang dilahirkan 30 November lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menyertai program hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), nyata rezeki penyanyi Noraniza Idris dalam karier nyanyian dilihat kembali rancak.
Noraniza memberitahu, dia masih belum berpeluang untuk berehat dan sudah mempunyai projek sejurus GV7 tamat pertengahan Disember lalu.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Dikir Puteri itu turut meluahkan rasa gembira kerana dapat mengembirakan peminat yang tak putus memberikan sokongan.
Perkara tersebut dikongsikan Noraniza pada salah satu hantaran di Instagram.
“Hari ni Kak Ani rushing utk #FestivalMuzikAJL pula. Nampaknya mmg takde rehat langsung lepas habis GV ni, tak sempat lagi nak lari bercuti.
“Tapi takpelah, something utk semua peminat Kak Ani. Korang tunggu rancangan istimewa ni alan datang Januari depan di @tv3malaysia ok!,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Terdahulu, Noraniza bersama penyanyi Shiha Zikir dan Wany Hasrita telah membuat persembahan istimewa di pentas Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) pada 20 Disember lalu.
Foto: Instagram Noraniza Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila video memperlihatkan dia mengalirkan air mata saat berpeluang melihat helaian rambut milik Nabi Muhammad SAW menjadi tular di laman TikTok.
Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, memuat naik momen tersebut di laman TikTok miliknya ketika dia melawat Pameran Sejarah Nabi & Sahabat di Persada Johor International Convention Centre, baru-baru ini.
Neelofa menyatakan dia seolah-olah berasa dekat dengan Rasulullah SAW saat melihat helaian rambut yang dipamerkan.
“Saat melihat helaian rambut Rasulullah SAW, Allah bagi rasa seolah Nabi SAW ada dekat… wahai Allah, teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah SAW,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@neelofaSaat melihat helaian rambut Rasulullah saw, Allah bagi rasa seolah nabi saw ada dekat… wahai Allah , teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah saw.
Meski telah kehilangan insan tersayang seminggu lalu, namun Bunga Citra Lestari (BCL) tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.
Perkara itu disahkan BCL untuk muncul di konsert penyanyi antarabangsa, Ronan Keating pada Sabtu ini.
Menurut Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor, Rizky, BCL telah membuat keputusan untuk kembali selepas seminggu arwah suaminya, Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Ya BCL sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan. Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara professional dirinya tetap tampil pada konsert itu,” katanya seperti dipetik Tribun News.
Difahamkan, BCL akan berkolaborasi dengan Ronan Keating dan Christian Bautista di Pullman Central Park, Jakarta Barat.
Terdahulu, Ashraf,40, meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, BCL dan seorang anak lelaki, Noah, 10 tahun.
Foto/Sumber : Instagram BCL, Tribun News
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland...