Meski sudah lebih 10 tahun bergelar penyanyi, Asmindar atau nama sebenarnya Norhasmindar Ahmad akui masih belum boleh berpuas hati dengan apa yang raihnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, penyanyi berusia 36 tahun ini menyifatkan perjalanan yang dilaluinya juga tidak semudah seperti anak seni lain.
Namun, dia tetap bersyukur kerana masih ada peminat yang menghargai bakatnya.
“Tiba-tiba semalam dapat kiriman kek dari seseorang yg tidak di sangka.
Syukur Alhamdulillah, masih ada yang menghargai Asmidar dalam meniti karier selama 10tahun ni.
“Ya baru 10tahun. Masih belum bisa mengukir senyum dibibir kerna perjalanan ni tidak semudah orang lain.
“Namun dgn pemberian istimewa ni, buat saya tersenyum sendiri. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjamu kek ini bersama pengirimnya.
“Saya doakan agar kamu murah rezeki, sentiasa di dalam lindunganNya. Support kamu dalam karier saya, tak dapat saya balas. Doa dan kasih sayang sahaja yang saya ada buat kamu. InsyaAllah semoga kita dapat bertemu nanti ya. TQ so much @tini_206 ,” tulisnya panjang lebar menerusi entri berkenaan.
Imbas kembali, Asmindar memulakan karier seni sebagai penyanyi selepas memenangi gelaran juara program realiti nyanyian Vokal Bukan Sekadar Rupa, musim pertama, pada tahun 2011.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Asmindar