Penyanyi yang bakal muncul dengan terkini, Taylor Swift baru sahaja melancarkan muzik video single keduanya dari album terbaru, You Need To Calm Down.

Menerusi muzik video yang mempunyai durasi lebih tiga minit itu, bintang cantik itu turut menampilkan beberaoa figura terkenal untuk tampil di dalam muzik video berkenaan.

Antaranya Ryan Reynold, Ellen DeGeneres, Ciara, Hayley Kiyoko, Adam Lambert dan yang paling mencuri tumpuan ialah kelibat penyanyi, Katy Perry yang muncul di akhir muzik video.

10 Tahun Tak Bertegur Sapa, Taylor Swift-Katy Perry Akhirnya Berdamai. Berpelukan Dalam Muzik Video

IKLAN

Pencinta muzik dunia sebelum ini mengetahui bahawa dua figura terkenal ini bermasam muka sejak bertahun-tahun lamanya. Malah keduanya pernah meluahkan rasa dan sindiran terhadap diri masing-masing menerusi media sosial.

Terdahulu, Perry dilihatam tampil dalam persalinan kostum Burger sementara Swift yang sinonim disapa Tay Tay pula mengenakan sut kentang goreng.

IKLAN

Keduanya dilihat saling terkejut lalu berpelukan satu sama lain.

10 Tahun Tak Bertegur Sapa, Taylor Swift-Katy Perry Akhirnya Berdamai. Berpelukan Dalam Muzik Video

IKLAN

Perry dan Tay Tay yang pada awalnya merupakan rakan baik lebih 10 tahun lalu mulai renggang sekitar tahun 2013 apabila masing-masing sibuk dengan konsert jelajah untuk mempromosikan album terkini masing-masing.

Lalu isu ‘merampas’ penari dikatakan menjadi punca kepada perselisihan faham di antara mereka hingga berlarutan selama beberapa tahun.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI