Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir akui pelbagai perkara berlaku terhadapnya apabila berdepan dengan fasa putus cinta lebih 10 tahun lalu.
Malah akuinya, selepas sedekad hidup solo, dia sudah terfikir untuk mencari lelaki untuk berada di sisi.
“Bila sudah 10 tahun single, tidak terfikir untuk mencari lagi teman lelaki. Mungkin adalah selepas ini, saya tak tahu sebab ia belum sampai lagi dekat situ.
Belum sampai seru, belum sampai jodoh,” katanya kepada MH.
Dina yang sinonim menerusi lagu Cinta Datang Lagi ini bagaimanapun akui pernah rasa sunyi hingga membuatkan dirinya menghadapi tekanan melampau gara-gara kesunyian.
“Beberapa tahun terawal ya, saya rasa sunyi. Apabila hubungan yang terjalin tidak kesampaian, saya akui ada rasa sedikit sunyi, malah pernah berdepan masalah depresi.
“Ia berlaku kerana kesunyian, bukan sebab tidak gembira dengan diri sendiri,” dedahnya yang turut menambah peristiwa itu berlaku pada awal dirinya terlibat secara serius dalam seni.
“Masa masuk dalam industri, adalah berkenalan dengan seseorang. Kemudian kami berpisah. Sebelum ini kita sudah biasa ada orang untuk mengadu. Malah ketika itu pun saya masih lagi muda, sekitar 22 tahun dan pertama kali bercinta waktu itu.
“Ketika alami despresi, saya tak mahu pergi ke majlis kahwin, kalau pergi menyumpah-nyumpah. Melainkan kalau saya pergi untuk menyanyi,” jelasnya.
Ditanya apakah yang membuatkan dirinya kembali menjalani kehidupan yang lebih tenang berbanding sebelum ini, Dina ada jawapannya sendiri.
“Jujurnya pada satu hari, saya hubungi teman wanita kepada bekas kekasih dan saya minta maaf sebab saya banyak kutuk dia.
“Saya kata, minta maaf kerana banyak kutuk awak. Saya tak mahu lagi jadi individu sedemikian sebab saya pun tak mahu orang kutuk saya.
“Kemudian saya letak talian dan rasa ‘so good’ dan rasa lebih baik selepas itu. Yang penting, kita kena bercerita pada orang.
“Kalau simpan, ia tiada gunanya pun. Kiranya positif itu datang sendiri,” kata Dina yang turut akui atas apa yang berlaku dirinya cuba menjadi individu yang lebih baik.
Ikuti rakaman temu bual penuh bersamanya di sini;
https://www.youtube.com/watch?v=l69KAoWKHS8&t=6s
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI