“1000 Kali Saya Fikir…Nak Cakap Atau Tidak, – Soll Ahmadd Takut Sampaikan Hajat Pada Anzalna Gara-Gara…

Share

Penyanyi baru, Soll Ahmadd mengakui pada peringkat awalnya, dia agak ragu-ragu untuk memberitahu niat untuk merakam lagu pada pelakon, Anzalna yang juga merupakan artis yang diuruskan.

Selaku pembantu kepada aktres berkenaan, bintang muda risau andai hajat untuk merakam lagu berjudul Watak Kasih seterusnya bergerak secara secara serius dalam nyayian akan disalah erti Anzalna.

“Memang pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk sampaikan niat untuk rakam lagu. 1000 kali juga saya fikir. Nak cakap atau tidak. Sehinggalah pada suatu majlis, saya dengarkan demo rakaman padanya.

“Saya minta dia dengar dan katanya, adakah ini suara saya. Saya pun cakap ya dan terus beritahu mengenai minat saya.

“Takut nanti ia akan disalah erti Anzalna, misalnnya akan dilabel mahu ambil kesempatan dan sebagainya.

“Namun alhamdulillah, dia sangat menyokong dan memberi keyakinan untuk saya teruskan. Tetapi pada masa sama, saya masih lagi membantu dari segi perjalanan jadual kerjanya,” akui Soll.

Terdahulu, Soll ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video single pertamanya itu di Neway, One Utama, pada Selasa. Turut hadir ialah rakan artis dan rakan penaja, Natalis Herbs & Beauty.

Berkongsi mengenai single pertamanya itu dengan lebih lanjut, Soll mengharapkan penerimaan yang baik dari pencinta muzik tempatan.

“Saya masih lagi baru dan apa yang dilakukan adalah berdasarkan kepada minat. Meski lagunya bukanlah kearah yang terlalu jiwang seperti lagu ala ’90-an’ lainnya.

“Namun saya mengharapkan reaksi positif ramai, InsyAllah,” pinta Soll yang turut menampilkan Hanis Husna, isteri kepada pelakon Shahz Jaszle sebagai pelakon untuk muzik video arahan Shafiq Noh itu.

Foto: Instagram Soll Ahmadd

Published by
Rafiq Mazlan