“Jumpa Jebat setiap hari.” Itu rutin wajib yang dilakukan pelakon, Sharnaaz Ahmad terhadap anak kesayangan, Jebat Jayden yang kini mencecah usia lebih setahun.
Katanya kepada MH, dia tidak akan melepaskan ruang masa senggang untuk bertemu seterusnya mengisi masa dengan permata hatinya itu.
“Everyday… Sebelum saya pergi kerja atau ketika saya ada masa waktu petang ke, saya akan pergi jumpanya. Selalunya dalam sejam lebih dan kadang-kadang dua jam.
“Wajib saya buat, kalau tak buat dalam satu hari tu saya ‘kacau’,” katanya.
Merakamkan rasa syukur kerana dapat melihat anak membesar di depan mata, bintang drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini turut berkongsi perkembangan Jebat Jayden dari pandangan matanya.
“Bila dia semakin membesar, saya boleh nampak kalau dia mahukan sesuatu itu dia akan minta. Bagi saya ia suatu yang ‘sweet’ dan comel.
“Sebab ada sesetengah budak yang kalau dia nak kan benda tu, dia akan terus ambil. Tapi Jebat, dia pergi dekat dengan benda tu, dia tunjuk dan dia nak.
“Tapi kalau dia tak dapat benda tu, dia macam marah tapi bila kita ambil balik dia akan buat muka dia. Garang pun ada juga tu,” seloroh Sharnaaz yang turut bawakan sesuatu buat Jebat tiap kali bertemu.
Terdahulu, aktor ini ditemui media di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Kuala Lumpur.
Mendukung antara watak penting dalam filem berkenaan, filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof itu yang merupakan usaha sama Astro Shaw dan Skop Production itu turut dibintangi Shaheizy Sam, Zizan Razak, Syafiq Kyle, Nora Danish dan ramai lagi.
Terdaulu, Sharnaaz dan Nabila yang juga kakak kepada hos, Neelofa pada 31 Mac 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad