Penyanyi dan pelakon, Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana tidak pernah menyangka perjuangan selama 11 tahun bertarung melawan kanser limfoma yang dihidapi akhirnya berjaya sembuh dan kembali sihat atas izinNya.
Elyanat berkongsi perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan secara maya di Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung di TV3, pada Khamis.
“Perasaan saya sudah semestinya sangat-sangat gembira dan saya rasa seperti bagai hidup semula. Kerana saya dapat kehidupan saya semula, diri saya semula dan menikmati dunia ni kembali.
“Sebab dulu kenikmatan itu semua dah hilang malah ia hilang sekelip mata sebelum ini. Sekarang saya masih lagi rasa di antara percaya atau tidak percaya sebenarnya,” katanya.
Selain itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui dirinya pernah rasa berputus asa untuk melawan ujian yang dihidapinya, sebelum ini.
“Mungkin kerana terlalu lama saya berjuang dengan penyakit kanser ini, pada tahun keenam lagi sebenarnya saya sudah rasa hilang percaya yang saya akan sembuh.
“Tapi saya selalu berdoa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, kalau lah ditakdirkan aku ni tidak dapat sembuh, panjangkan lah umurku, berikan lah aku tenaga sebagaimana orang lain yang sihat sebab aku ingin membesarkan anak-anak dan menemani mereka sehingga ada orang yang nak menyayangi mereka sebagaimana aku menyayangi mereka,” luahnya lagi.
Imbas kembali, Elyana mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu adalah menerusi konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya, pada tahun 2017.
Selepas 11 tahun berjuang menjalani rawatan, Elyana memaklumkan bahawa dirinya telah sembuh dan bebas kanser limfoma sepenuhnya, pada Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI