“Comelnya Baby Bump!” – Dijangka Bakal Bersalin Anak Sulung September Ini, Penampilan Terkini Hos Dayah Bakar Curi Perhatian

Share

Perkongsian satu foto dari hos Borak Kopitiam, Dayah Bakar beberapa hari lalu di Instagram mendapat perhatian dari para peminatnya.

Sudah kelihatan agak jelas, ‘baby bump’ dari bakal ibu ini. Dia dijangka bakal timang anak pertama September depan.

Terdahulu menerusi Harian Metro, bintang ini ada menjelaskan perkembangan kandungannya yang kini sudah pun mencecah lebih empat bulan.

“Saya ambil sedikit masa untuk berkongsi berita kehamilan ini tapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Saya dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Insya-Allah saya dijangka melahirkan anak sulung pada awal September depan,” katanya seperti yang dipetik.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar pada masa sama turut menjelaskan, dia ada berdepan dengan alahan di peringkat awal kehamilan.

“Saya mengalami muntah teruk dan badan rasa sangat lemah berbanding keadaan diri saya sebelum ini yang sangat aktif. Namun kebetulan Februari lalu saya ambil cuti sebab ikut perancangan nak ke Australia berjumpa suami tapi keadaan cuaca di sana tidak mengizinkan dan saya pun baru tahu hamil.

Jadi saya tangguhkan perjalanan ke Australia dan ambil keputusan untuk berehat di rumah,” katanya.

Dayah turut meminta doa ramai agar mendoakan kehamilan pertamanya berjalan dengan lancar dan diberi kekuatan sehingga proses kelahiran nanti.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen entri terdahulu di Instagram, rata-ratanya memuji penampilannya selain turut memberi reaksi terhadap susuk fizikalnya ketika ni.

Sebagai info, Dayah berkahwin dengan pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 di Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Dayah Bakar

Published by
MH