Sempurna seadanya majlis akad nikah pasangan paling dinantikan, Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Majlis yang diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan bermula seawal 10 pagi.

12 Corat-Coret Pernikahan Haris & Neelofa: Majlis Sarat Bunga Putih, Pesan Nabila Pada Pengantin Dan Macam-Macam Lagi!

Menarik, ini 12 corat-coret sepanjang majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail. Pastinya satu momen yang tak kan dilupakan!

12 Corat-Coret Pernikahan Haris & Neelofa: Majlis Sarat Bunga Putih, Pesan Nabila Pada Pengantin Dan Macam-Macam Lagi!

Neelofa menggunakan khidmat pereka majlis terkenal, Reka Teemor yang menggunakan bungaan putih untuk menghiasi pelamin serta dewan bak di kayangan. Laluan menuju ke pintu dewan turut diserikan dengan hiasan bunga.

12 Corat-Coret Pernikahan Haris & Neelofa: Majlis Sarat Bunga Putih, Pesan Nabila Pada Pengantin Dan Macam-Macam Lagi!Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.

IKLAN

Majlis yang bertemakan rona putih turut dihadiri rakan artis seperti Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman.

Pada majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.

Pengantin perempuan yang dilihat seperti bidadari itu menggunakan khidmat solekan jurusolek, Sharman Yee  sementara busana serba putihnya dari rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.

Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.

IKLAN

12 Corat-Coret Pernikahan Haris & Neelofa: Majlis Sarat Bunga Putih, Pesan Nabila Pada Pengantin Dan Macam-Macam Lagi!

Pengantin perempuan tersandung kecil ketika berjalan menuju ke pelamin sebelum upacara melafaz akad nikah bermula.

Semua tetamu diwajibkan memakai baju warna putih manakala wanita tidak berhijab perlu mengenakan selendang bagi menghormati majlis.

IKLAN

Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembakar selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).

12 Corat-Coret Pernikahan Haris & Neelofa: Majlis Sarat Bunga Putih, Pesan Nabila Pada Pengantin Dan Macam-Macam Lagi!Alunan lagi nasyid mengiringi sebagai muzik latar sepanjang majlis berlangsung.

Pelakon Izara Aishah menitipkan ucapan kegembiraan selepas Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris. Sifatkan hubungan sebagai adik-beradik dan mereka sudah saling mengenali sejak belasan tahun lagi, sebelum menyertai Dewi Remaja 2010.

12 Corat-Coret Pernikahan Haris & Neelofa: Majlis Sarat Bunga Putih, Pesan Nabila Pada Pengantin Dan Macam-Macam Lagi!

Kakak Neelofa, Noor Nabila pula mengharapkan adiknya agar menempuhi alam perkahwinan dengan kesabaran dan saling melengkapi ketika susah atau pun senang.

12 Corat-Coret Pernikahan Haris & Neelofa: Majlis Sarat Bunga Putih, Pesan Nabila Pada Pengantin Dan Macam-Macam Lagi!Foto rasmi: Wedlocx.co

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI