
Di balik nama komersial masing-masing, mungkin ada di antara peminat mereka yang tidak tahu apakah nama sebenar artis kesayangan masing-masing.
Nah, ini antara 12 senarai figura tersohor dunia yang memang namanya ‘lari jauh’ dengan nama sebenar mereka. Berbelit tak lidah nak sebutnya tu?
1.Demi Moore (Demetria Guynes)
2. Hulk Hogan (Terry Jean Bollette)
3. Bruno Mars (Peter Gene Hernandez)
4. Gigi Hadid (Jelena Noura Hadid)
5. Lady Gaga (Stefani Joanne Angelina Germanotta)
6. Lorde (Ella Marija Lani Yelich-O’Connor)
7. Miley Cyrus (Destiny Hope Cyrus)
8. Nicki Minaj (Onika Tanya Maraj)
9. Rihanna (Robyn Rihanna Fenty)
10. Vin Diesel (Mark Sinclair Vincent)
11. Iggy Azalea (Amethyst Amelia Kelly)
12. Jay-Z (Shawn Corey Carter)
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sungguh Kuat Bidadari Yang Bertarung Nyawa…,” – Segala Puji Bagi Allah, Ippo Hafiz Luah Syukur Isteri Selamat Bersalin Anak Sulung

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz kini sudah pun bergelar bapa selepas isterinya, Fara Roslan selamat bersalin cahaya mata lelaki, pada Rabu.
Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi akaun Instagram.
Berkongsi wajah anak pertamanya, Ippo turut berkongsi nama si permata hati, Yusuf Zarin Nur.
View this post on InstagramA post shared by IPPO HAFIZ (@ippohafiz) on
“Segala puji milik Allah, waktu asar tadi lahir lah “Yusuf Zarin Nur”. Sungguh kuat bidadari @fararoslanx yang bertarung nyawa tadi.
“Terima kasih yang mendoakan ya. Terima kasih tak terhingga, sangat teruja. Sungguh hargai penantian selama 9 bulan ini,” tulis Ippo pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan berita gembira yang dikongsikan, rata-rata peminat memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat Ippo dan isteri.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2019.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Lagu Nyanyian Misha Omar, Sufian Suhaimi Berjaya Mara, Ini Dia 12 Senarai Penuh Lagu Yang Layak Ke AJL33

Senarai 12 buah lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) selepas berentap di pentas Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Jumaat telah diumumkan.
Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL33 yang bakal bersiaran Februari depan adalah Semakin – Siti Sarah (Mera Utama), Bunga – Ara Johari (Hang Nadim/Laq/Kadok), Kau Pun Sama (Syamel), Sampai Bila – Misha Omar (Sharon Paul/Fedtri Yahya & Shah Shamshiri), Haram – Hael Husaini & Dayang (Hael Husaini/Ezra Kong) dan Luluh – Khai Bahar (Khai Bahar).
Enam lagu lain yang turut mara ialah Bunga – Altimet (Omar K & John Jeevasingam/Altimet), Jatuh Bangun – Haqiem Rusli ft Aman Ra (Haqiem Rusli, Omar K & Ikhwan Fattana/Omar K, Ikhwan Fattana & Aman Ra), Amylea X Kaer (Farouk Roman/Amylea), Hajat – Hael Husaini (Hael Husaini/Ezra Kong), Di Matamu – Sufian Suhaimi (Sirkhan & Rinkarnaen) dan Nisan Cinta – Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Hael Husaini/ Mike Chan/Ezra Kong).
Program tersebut telah bersiaran selama tiga minggu, bermula 9 November lalu dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik yang dicalonkam di Muzik-Muzik sepanjang tahun 2018.
SFMM33 dihoskan olen Haziq dan Sherry Al Hadad. Kesemua lagu dinilai oleh barisan juri professional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Mokhzani bertindak selaku ketua juri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kekurangan Dana Tampung Kos Pengajuran, One Love Music Festival Esok Dibatalkan

Isi Kandungan
ToggleKonsert One Love Music Festival sepatutnya dijadualkan berlangsung pada esok, 21 Disember di MAEPS, Serdang terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Perkara tersebut dimaklumkan wakil penganjur yang juga Pengasas Tuff KL, Muhammad Zul Aqil menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Kekurangan Dana Tampung Kos
Menurut Zul Aqil, pembatalan tersebut terpaksa dibuat ekoran kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.
“Dengan rasa penuh kesal, Tuff KL ingin memaklumkan bahawa One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember 2024 di MAEPS, Serdang terpaksa dibatalkan akibat kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.
“Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi.
“Kami ingin menegaskan bahawa pembatalan ini tidak melibatkan mana-mana rakan strategik, penaja, atau vendor yang terlibat,” katanya.
Katanya lagi, pihak Tuff KL juga ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku dan akan berusaha sebaik mungkin untuk proses pengambalian wang kepada pembeli tiket.
“Tuff KL mengambil tanggung jawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan.
“Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.
“Pihak kami sedang menguruskan proses berkaitan pembatalan, termasuk pemulangan dana kepada pembeli tiket. Maklumat lanjut akan diumumkan melalui saluran rasmi kami, @olmfest_ dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Ucap Penghargaan Kepada Semua
Dalam pada itu, Zul Aqil turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersabar dan memahami situasi yang sedang mereka alami ini.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival, termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik, dan vendor.
“Sokongan anda amat kami hargai, dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya lagi.
Terdahulu, One Love Music Festival merupakan sebuah acara muzik yang menggabungkan barisan artis dan band daripada Malaysia dan Indonesia.
Antara selebriti dijangka bakal membuat persembahan sebelum ini termasuk Hujan, Drama Band, Salma Salsabil, Nadin Amizah, Bunkface dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI