Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur apabila kini giliran anak sulungnya pula, Ammar Effendy berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda berganda (double degree) selepas Aniq Ezra.
Berkongsi lampiran foto berkaitan di Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tidak menafikan pengorbanan selama 12 tahun bergelar ibu tunggal berbalas dengan kejayaan anak-anak.
“Allahamdulillah syukur. Allah bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela. 12 tahun masa jadi ‘single mom’ dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak.
“Bagi yang terbaik ja untuk depa! Tak dak langsung fikir untuk diri sediri.
“Mereka dapat masuk MRSM, lepas tu upgrade masuk KYS then dapat straight A’s, masuk TAYLOR’s University.
“Untuk kami yang income tak tetap masa tu nak bayaq fees KYS perghh mencanak jugak la cari dui, tapi Allah permudahkan segalanya.
“Hari ni syukur @ammareffendy pulak dah grad! Double degree dalam tangan,” tulisnya sebagai kapsyen.
Terdahulu menerusi posting sebelum ini juga di Instagram, Che Ta berkongsi kegembiraan selepas anak kedua, Aniq Ezra berjaya menamatkan pelajaran selain turut mendapat ijazah sarjana muda berganda dari universiti sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini