Supermodel Gisele Bundchen mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, pemain besbol profesional, Tom Brady selepas 13 tahun mereka hidup bersama.
Kedua-dua Gisele dan Tom berkongsikan perkara itu dengan memuat naik kenyataan bersama di laman Instagram masing-masing.
“Kami mencapai keputusan bersama dan sangat menghargai masa-masa yang kami lalui sepanjang hidup bersama.
“Kami akan bersama-sama menjaga anak dan berikrar untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang sangat diperlukan mereka,” kata Gisele.
Pasangan ini mula berpacaran pada 2006 sebelum melangkah ke alam perkahwinan pada awal tahun 2009.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai sepasang cahaya mata, Benjamin Rein, 13, dan Vivian Lake Brady, 10 tahun.
Walaupun sudah berpisah, Tom mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya serta berharap kedua-dua mereka dapat terus melangkah maju ke hadapan.
“Sudah tentu perpisahan ini sesuatu yang menyakitkan dan sukar, seperti mana yang dilalui pasangan berpisah lain.
Walau bagaimanapun, kami akan saling menyokong di antara satu sama lain dan akan meneruskan kehidupan masing-masing selepas ini,” kata Tom.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pendedahan Berani! 100% Lulus, Man On The Run Ditayangkan Tanpa Potongan
Produser filem, Fabian W. Joseph memaklumkan naskhah dokumentari, Man On The Run diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi tayangan di Malaysia.
Menurut Fabian, pihak produksi berdepan kegusaran pada awalnya kerana memikirkan kemungkinan filem dokumentari arahan Cassius Michael Kim mengenai skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) itu bakal berdepan kesukaran untuk ditayangkan di panggung wayang tempatan.
“Selepas melalui proses LPF, filem itu diluluskan 100 peratus tanpa sebarang potongan. Kami melalui prosedur biasa. Apabila filem ini tidak mendapat sebarang bantahan, kami sejujurnya agak terkejut.
“Pada awalnya, kami merasakan naskhah yang mengangkat tema agak kontroversi ini tidak lulus untuk ditayangkan di pawagam. Namun akhirnya kami dapat kebenaran untuk menayangkan filem ini di panggung wayang,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sidang media sejurus tayangan perdana Man On The Run yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Cassius selaku pengarah pula menjelaskan, cabaran terbesar adalah untuk menyunting sedutan temu bual dalam durasi filem.
“Cabaran utama kami untuk menghasilkan filem ini adalah cara untuk menggarap kisah skandal global ini menjadi sebuah filem. Selepas kami kumpulkan sedutan semua wawancara penting, durasi file mini mencecah 4 jam.
“Jadi, kami perlu susun dan teliti semua dengan cermat supaya semua perihal penting dimuatkan ke dalam filem. Bermula dengan 4 jam, akhirnya kami berjaya memadatkan segala isi penting filem dokumentari ini dalam masa 1 jam dan 38 minit,” katanya.
Man On The Run adalah sebuah karya yang memaparkan kisah benar mengenai amalan rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.
Ia turut membabitkan individu yang dikehendaki iaitu Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri yang merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi 1MDB.
Filem Man On The Run ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula 19 Oktober lalu dan kini masih rancak ditayangkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Lelaki Ditahan Polis Dipercayai Cekik, Tumbuk Bekas Tunang Ialah Syafie Naswip?
Kecoh sejak awal malam tadi apabila berita mengenai seorang pelakon lelaki yang didakwa telah bertindak kasar terhadap bekas tunang dengan mencekik dan menumbuk mangsa berkenaan hingga berdarah adalah Syafie Naswip.
Malah, menerusi laporan portal hiburan, ia jelas memaparkan wajah bintang Mukhsin itu sebagai individu yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan.
Sementara itu menerusi Utusan Online awal malam tadi melaporkan, pelakon lelaki yang baru sahaja putus cinta itu hadir menyerah diri di Balai Polis Kinrara serta mengaku mencederakan mangsa.
Suspek bagaimanapun telah dilepaskan dengan jaminan polis sebaik rakaman percakapan diambil.
Pada masa sama, pihak berkuasa seperti yang dipetik turut menjelaskan, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 kanun yang sama kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Artikel tersebut memaparkan, pelakon tersebut yang baru putus tunang baru-baru ini ditahan polis selepas didakwa mencederakan bekas tunangnya dengan mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai pada 26 Jun lalu.
Mengimbas semula, pasangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.
Namun, keduanya mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan, beberapa minggu lalu.
Foto: Instagram Syafie Naswip
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Awak Adalah Penyebab Saya Senyum Setiap Hari,”- Redza Rosli Ucap Bday Buat Ayda Jebat, Melting Habis!
Meski tidak pernah menyatakan hubungan keduanya secara rasmi akan tetapi pasangan selebriri, Redza Rosli dan Ayda Jebat sering mendapat perhatian ramai dek gambar kemesraan yang dikongsikan di laman Instagram.
Malah, peminat keduanya turut berkongsi foto-foto mereka berdua.
Bukan itu sahaja, Redza baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto bersama Ayda dengan menitipkan ucapan hari jadi buat Ayda semalam.
“On your special day i would like to wish you Happy Birthday & May Allah bless u always. It bring a smile on my face by simply thinking of you. And that smile become brighter whenever im with you..
“Thank you so much for showing me the true meaning of love. Thank you for all wonderfull things you have given me..
“You are the reason why i smile everyday. There is no need for a special day to remind me how special you are for the stars always shine whenever you are near me. Wonderful Birthday!,” tulis Redza.
View this post on InstagramA post shared by Redza Rosli #RR ?? (@redzarosli) on
Menerusi posting yang dikongsikan peminat Ayda dan Redza, @RedzAydaLovely, melihatkan foto di sekitar majlis sambutan hari jadi Ayda yang ke-27 tahun itu.
View this post on InstagramA post shared by RedzAyda Lovely ❤ (@redzaydalovely) on
View this post on InstagramA post shared by RedzAyda Lovely ❤ (@redzaydalovely) on
View this post on InstagramA post shared by RedzAyda Lovely ❤ (@redzaydalovely) on
View this post on InstagramA post shared by RedzAyda Lovely ❤ (@redzaydalovely) on
Foto : IG Redza Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI