Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menitipkan dedikasi rindu terhadap Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif yang telah genap dua tahun kembali ke Rahmatullah.
Sebagai ibu, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin mengakui dia reda dengan ujian yang sudah tertulis.
“14 Disember 2019, dua tahun berlalu. Ibu mana yang tidak rindukan anaknya. Ibu mana yang sanggup kehilangan anaknya. Redha…
“Hanya itu yang mampu dilakukan kerana semuanya sudah tertulis. Allah yang tentukan semua. Kita hanya hambaNya,” tulis Nora menerusi satu perkongsian di Instagram.
Dalam pada itu, Nora turut berdoa, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh.
“Ya Allah, Ya TuhanKu, Kau ampunilah segala dosa-doaa anakku, tenangkanlah Alif, tempatkanlah Alif bersama orang-orang yang soleh.
“Moga-moga, kami semua dapat bertemu di syurga nanti. Mama rindu Alif Johan. Al- fatihah (dibaca),” tulisnya lagi.
Terdahulu, Muhammad Syakir Alif telah disahkan meninggal dunia pada usia 20 tahun pada 14 Disember 2019 di kediaman keluarga.
Sebelum itu, penanyi lagu Debaran ini diuji apabila suaminya yang juga komposer terkenal, Johan Nawawi telah pergi mengadap Illahi pada pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 2 Disember lalu menerusi Instagram, Nora mengesahkan dia sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga sahabat baik arwah suami.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.