Pelakon Idzham Ismail berkongsi berita gembira apabila isterinya,Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella disahkan berbadan dua.
Malah, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut merakam video ultra sound kandungan bayinya yang kini berusia 14 minggu.
“Assalamualaikum Adik Baby
“14weeks dah dia . Kakak tengah tunggu adik tu. Alhamdulillah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, peminat turut gembira terhadap perkongsian tersebut.
Terdahulu, Idzham dan Bella yang juga merupakan pramugari diijabkabul pada Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Sofea Inara, 3 tahun.
Foto : Instagram Idzham Ismail