Artis versatil, Alif Satar tidak menyangka bekerjasama dengan pelakon, Rozita Che Wan menjadi sesuatu yang luar biasa dan menghiburkan.
Kongsi Alif, meski kehadiranya dalam industri hiburan sudah mencecah 14 tahun, namun ini merupakan kali pertama bergandingan dengan pelakon wanita itu menerusi drama bersiri komedi aksi, Family Spy di saluran Astro Ceria.
“Selama saya 14 tahun dalam inudustri, saya tak pernah jumpa dia (Che Ta) untuk berborak panjang dan duduk satu meja.
“Walhal, industri hiburan tempatan kecil sahaja, saya tidak begitu mengenali dia sebelum ini,” katanya kepada MH.
Alif ditemui di Great Eastern Mall, Ampang pada Isnin sempena pengenalan drama bersiri terbaru Astro Ceria terbabit.
Tambah penyanyi lagu I Want You To Love Me itu lagi, dia juga amat kagumi keperibadian ibu kepada tiga cahaya maya itu yang disifatkan peramah dan tidak kekok berkongsi ilmu lakonan.
“Bekerja dengan Che Ta sangat seronok dan menghiburkan. Dia juga seorang yang baik. Kadang-kadang ‘pecah perut’ juga apabila dengar dia berleter dalam loghat utara.
“Saya sangkakan dia seorang diva dan diibaratkan seperti sebuah pasu bunga kurun ke-18 yang perlu dijaga dalam kaca bersama beberapa orang pengawal.
“Ia kelihatan sangat mahal dan perlu dilindungi sebaik mungkin.
“Tetapi apabila masuk sahaja di set pengambaran, baru saya tahu dia seorang yang ‘masuk air’ dan sama-sama belajar untuk mendalami karakter dengan jayanya,” kongsi Alif yang berharap untuk berkerjasama dengan pelakon wanita itu di masa depan.
Selain Che Ta dan Alif, antara pelakon yang terlibat adalah Sham Visa, Sharifah Shahirah, Datin Maria Farida, Nynaa Harizal dan Charis Chow.
Drama bergenre komedi aksi Family Spy akan disiarkan bermula 11 Mac ini jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611) dan Astro Ceria HD (631).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI