Pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn. Bhd., Datin Hajah Aliza Abu Bakar berpuas hati dengan komitmen yang diberikan penyanyi popular, Ernie Zakri yang diberi kepercayaan untuk membawakan lagu rasmi mereka, Munawwareen.
Lagu berkenaan diperkenalkan secara rasmi ketika sesi pertunjukan fesyen koleksi baharu jenama berkenaan di dalam acara bertemakan Sempurnakan Hijrah Cinta di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Aliza, naskhah berkenaan berbeza dengan pendekatan jenama lain yang mengetengahkan lagu jenama atau jingle dengan lirik berbentuk promosi secara langsung, namun lagu Munawwareen mengutamakan penceritaan nilai-nilai Munawwareen secara ‘soft sell’.
“Saya lebih dekat dengan golongan Muslimah. Jadi kalau boleh saya juga mahukan naskhah yang mempunyai mood ‘Arabian’. Lalu apabila Hafiz Hamidun selaku komposer mencadangkan nama Ernie, alhamdulillah saya sangat berpuas hati Ernie juga memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Sementara itu Hafiz turut berbesar hati apabila diberi peluang untuk sama-sama terlibat di dalam projek berkenaan dan semestinya kesempatan yang diberikan cuba dilakukan dengan sebaik mungkin.
Ads
“Untuk menggambarkan maksud dan apa yang diimpikan oleh Datin, Bila bekerja dengan banyak klien, bagi saya yang jenis banyak permintaan ini yang bagus. Sebabnya mereka tahu apa yang dimahukan.
“Kadang kalau ada yang harapkan kepada kita 100 peratus, bimbang nanti sesuatu yang dihasilkan itu tidak mencapai kata sepakat. Jadi adalah lebih baik untuk sama-sama berbincang dan beri idea, sebagaimana untuk projek ini.
“Malah dalam tempoh tiga bulan kami kerjasama, permintaan itu akan ada setiap masa. Tapi saya faham dan berterima kasih kepada team Munnawareh kerana sepakat memilih penyanyi yang profesional untuk menyanyikan lagu ini,” katanya yang mengetengahkan elemen Timur Tengah dan pop bagi lagu tersebut.
Ads
Terdahulu, sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 persalinan dipentaskan dan ia merupakan rekaan koleksi Munawwareen yang akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023 depan.
“Tujuan pertunjukan fesyen ini diadakan adalah bagi meraikan perjalanan baharu Munawwareen kepada semua. Walaupun telah dua tahun beroperasi, tetapi akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia, banyak perkara terpaksa ditangguhkan.
Ads
“Selepas membuat penstrukturan semula, ini adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kembali perancangan yang telah dibuat. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, biarpun perjalanan Munawwareen ini tertangguh sementara, saya yakin perancangan yang dikemaskini ini adalah lebih baik,” kata Aliza.
Pada masa sama, ia turut menyerlahkan sisi baharu Munawwareen untuk tempoh enam bulan akan datang. Mengutamakan pakaian patuh Syariah, asas setiap rekaannya memelihara aurat wanita dengan sempurna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktivis kemanusiaan dan penulis Amerika Syarikat, Shaun King dan isterinya, Rai King telah memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan.
Shaun yang sehingga kini sangat lantang berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza telah melakukan sesi melafaz syahadah bersama isterinya bersaksikan Imam Omar Suleiman.
Kisahnya memeluk Islam tersebar luas apabila, Professor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz syahadah berlangsung.
Selepas melafazkan syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, Shaun dilihat menyerahkan mikrofon kepada isterinya yang tampil sopan mengenakan hijab rona hijau lumut dan berpakaian menutup aurat.
Selain lantang mengenai isu yang terjadi di Gaza, Shaun turut terkenal dengan advokasinya dalam pergerakan Black Lives Matter (BLM).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rai King berkongsi tentang bagaimana dia boleh terbuka hati untuk mememeluk agama suci Allah ini bersama suaminya.
“Selepas membaca dan mengkaji untuk diri saya sendiri, tiang iman dan kepercayaan agama Islam mengejutkan saya dan saya menemui bahawa semua manusia yang memiliki kepercayaan memiliki persamaan antara satu sama lain berbanding perbezaan,” kongsinya.
Pasangan ini telah berkahwin sejak 2001 dan memiliki lima orang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), aktress Fasha Sandha dilihat mengisi masa dengan melakukan dekorasi bilik anak serta kucing peliharaannya.
Malah, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan turut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang untuk melakukan dekorasi tersebut sebelum kembali aktif di set penggambaran.
“Project PKP 2.0 Alhamdulillah bangga dapat buat sendiri semuanya Penat tapi berbaloi.
“Dapat siapkan bilik anak2 dan bilik kucing2. Now masa untuk fokus pada pengambaran drama terbaru.
“Jom siapa yang di rumah tapi takde idea nak buat apa, boleh ikut kami. #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang drama bersiri Semua Salahku ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!