Aeril Zafrel di laman Instagram miliknya ada menjelaskan, kehadiran cahaya mata ketiga ini merupakan tuah baginya selepas isteri, Wawa Zainal dikatakan menolak lebih 18 kali permintaan untuk memiliki anak lagi.

Dia turut menggambarkan perasaan memiliki bayi kecil sebagai suatu yang sukar diungkapkan.

“18 kali permintaan saya nak baby wawa tolak. Kali yg ke 19 ni, wawa tak da kekuatan nak tolak… dia punya aura tu masyallah… #wawabundleofjoy,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi ruang komen, Wawa Zainal dilihat turut memberikan reaksi.

“Apa ni tak paham,” balas Wawa.

“18 Kali Permintaan Saya Nak Baby Wawa Tolak,” – Aeril Zafrel Komen Kehadiran Babygirl, Wawa Beri Respon

IKLAN

Untuk info, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, 1 Disember lalu.

Anak ketiga Wawa dan Aeril Zafrel itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.

IKLAN

Sebelum ini, Wawa dan Aeril sudah dikurniakan dua anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012 lalu.

Video: Instagram Aeril Zafriel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI