Penyanyi popular Iman Troye memaklumkan memaklumkan dirinya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin berkongsi, kereta yang dipandunya dikatakan telah hilang kawalan disebabkan jalan raya yang licin berikutan hujan lebat.
“1 November 2023, baru hari pertama November, saya telah mengalami kemalangan. Hujan lebat dan jalan licin. Jadi, kereta hilang kawalan.
“Baru berkesempatan nak kongsikan di sini (media sosial),” tulisnya menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Bagaimanapun, Iman memberithu dia tidak mengalami kecederaan serius namun, kepalanya dikatakan terhentak pada cermin pintu.
“Alhamdulillah selamat. Tiada apa-apa kecederaan teruk. Cuma kecederaan ringan sahaja sebab kepala terhentak dekat tingkap kereta.
“Kaki bengkak dan telinga di sebelah kanan berdesing. Terus tak dengar apa-apa. Esoknya, volume kanan kurang daripada sebelah kiri.
“Alhamdulillah. Semuanya sudah kembali normal,” kongsinya lagi.
Disebabkan kemalangan tersebut, Iman kini juga mulai fobia untuk memandu dan kini hanya meminta pertolongan keluarga, kawan-kawan atau menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke sesebuah destinasi.
“Sekarang dah tak berani nak memandu sendiri. Memang 100% mengharapkan Grab, keluarga atau kawan-kawan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI