Penyanyi, Datin Alyah hari ini mengakui rasa salah dan memohon maaf atas khilafnya, beberapa hari lalu.
Katanya, setiap manusia di atas muka bumi ada ‘hari terburuk’ mereka dan dia sedar akan segala sikapnya yang menjadi perhatian netizen beberapa hari ini.
“Assalam, Dlm Setahun Ada 12bulan. Jgn Kata penyanyi je lah so Kita letak semua manusia dlm Bumi ni.Tak Kira dia cikgu,Dia lawyer,Dia nelayan,Dia apa apa lah atau Dia nietizen skali pon…. Mesti Ada Hari buruk Kita dlm Sepanjang 12bulan tu.
“Jadi Saya anggarkan 2 hari Lepas adalah Hari terburuk Saya utk Sepanjang tahun ini. Sebelum saya turunkan komen Saya di ig (si dia)saya dah tahu apa akibatnya.
“Dan Saya sgt Pasti dgn apa yg Saya buat.saya bukan budak2 yg baru dapat fon.
Ads
“Saya tiada Niat utk mengaibkan sesiapa.Dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari.Saya Percaya ini jg gerak Dari Allah swt bagi mengingatkan Saya jg (si Dia) dan Mungkin kami terleka dgn Ego Dan sifat sering menyalahkan.
“Air tidak perlu mengatakan yg Dia suci,Matahari tidak perlu bagitahu yg Dia kuat,siang tidak perlu marah bagi menyuarakan yg Dia hebat,” tulisnya.
Tambahnya lagi, Alyah turut mengumumkan bahawa dia tidak lagi akan menjawab segala persoalan berkaitan dengan rumah tangganya selepas ini dan memohon maaf di atas silap dan salahnya beberapa hari ini.
Ads
“Selama 8 tahun hanya Saya saja yg menjawab Segala persoalan dari anda mengenai rumahtangga Saya.Dan hari ini saya ingin Memberi tahu yg Saya tidak akan Lagi menjawab Segala soalan mengenai rumahtangga Saya mahu pun mengenai (si dia) terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa.
“Saya Percaya hanya Allah swt sahaja tahu apa yg ada didlm ini….. Mungkin saya Telah mencuit atau menguris hati hati Di luar Sana.
“Saya ALYAH dgn serendah diri memohon Maaf kerna Saya Telah membuatkan kamu Kecewa….Namun jauh di Sudut hati Saya tidak bermaksud sedemikian,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Alyah ada berkongsi luahan perasaannya di ruangan IG storynya baru-baru ini yang menimbulkan persoalan orang ramai.
Dalam pada itu, semalam pula menyaksikan penyanyi lagu Jutaan Purnama itu meninggalkan komen di IG suaminya, Datuk Ramli MS mengatakan sambutan hari lahir sebegitu yang suaminya mahukan.
Foto/Instagram: Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar iaitu Farah Lee memuat naik foto terkini anak perempuannya, Maream Esabel yang tampil dengan gaya potongan rambut pendek.
Perkara itu dikongsikannya di Instagram dan telah meraih hampir 30,000 likes.
“Maream: Orked wants to cut my hair. Orked: Because Maream wants hair like boys. Omma: …
“Taktau nak nangis ke nak gelak. 30 minit gak aaa omma speechless taktau nak cakap apa. Selama ni tengok anak orang je main potong2 rambut.
“Anak sendiri dan cousin, complete macam kedai. Dia ingat kedai gunting rambut still belum boleh bukak kot. Huwaaaaa tolong cantum balik hati omma yang berkecai ni 😫😫😫[5years10months],” tulisnya.
Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa Makde mendedahkan, pada hari arwah dibawa ke hospital, arwah minta dia untuk memindahlan sejumlah wang dalam akaun peribadi arwah ke akaun bank miliknya.
Menurut Siti Fatimah,34, dia pada awal tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya untuk berbuat demikian.
“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.
“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan.
“Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.
“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu, terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.
Tambahnya lagi, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.
“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos.
“Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.
“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.
“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.
“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.
Sebagai info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah membina empayar perniagaan menerusi perniagaan salun rambut, Chez Hair Studio sejak lebih sedekad lalu, pemiliknya, Chez Hamdan, 36, akur ‘jodohnya’ tak panjang dengan cinta pertamanya itu.
Ini kerana, Chez atau nama sebenarnya, Halimi Hamdan itu terpaksa membuat keputusan menutup operasi salun terbabit, ketika tahun pertama pandemik Covid-19 melanda.
Bagaimanapun, Chez sebelum itu sudah berjinak-jinak dalam dunia jualan produk rangkaian penjagaan rambut termasuk jenamanya sendiri, Chez Professional.
Adat ketika ditimpa kesusahan dan berdepan segala pancaroba kehidupan, hidupnya yang hampir jatuh tersungkur turut dipandang sinis hingga ada teman yang selama ini pernah erat di sisi mulai menjauh.
Mujur bukan semua kawan atau insan rapat bertindak sedemikian. Malah sejak berkecimpung di arena dandanan rambut ini, Chez turut membina pengaruh dan dikenali teman selebriti.
Antara artis yang masih menyokongnya biarpun diuji itu ini seperti Datuk Fizz Fairuz, Nad Zainal, Ira Mohd Amin, Riena Diana, Mona Allen, Datin Anne Ngasri, Hairul Azreen, Norman Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah, Maria Tunku Sabri, Josiah Hogan, Izreen Azminda dan ramai lagi.
“Benar kejatuhan dan ujian ini akan buat kita kenal siapa kawan sebenar atau lawan. Yang hanya datang ketika kita mempunyai segala galanya dan pergi di saat kita diuji. Lumrah hidup. Kalau dikenangkan memang ia boleh buat saya bergenang air mata.
“Ini bukan drama atau dongengan. Tapi realiti yang benar benar terjadi. Bila senang, mungkin ramai mendekati kita. Tapi sebaliknya, akan ada yang pura pura tak kenal atau terus menjauhkan diri.
“Saya bukan membodek, tapi nama artis yang terus setia menyokong itu bukti pengaruh yang mereka miliki bukan atas kapasiti kerja glamor atau tuntutan kerja semata mata. Ada di kalangan mereka berstatus popular dan ramai peminat, tapi masih tebal dengan jiwa kemanusiaan,” katanya.
Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, di kalangan artis yang disebut tak lokek menyokong.
“Ada yang tanpa disuruh mempromosikan produk rambut saya secara percuma. Malah ada yang menyokong dengan membelinya.
“Saya percaya kebaikan mereka itu bukan satu paparandrama yang dibuat buat. Tapi mereka ikhlas. Seperti mana saya ikhlas bekerja dan menata rambut mereka sebelum ini, Alhamdulillah semua itu buat ukhuwah kami kekal terjalin.
“Tak kurang juga yang sanggup memanggil saya datang ke rumah mereka untuk melakukan perkhidmatan memotong rambut anak, keluarga atau diri sendiri,” katanya lagi.
Kata Pengarah Urusan Chez Professional itu lagi, pada awal pandemik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasa, dia pernah berfikir dapat menggunakan ruang duduk di rumah itu kononnya untuk berehat.
“Namun otak penat berfikir apa yang mahu dibuat demi survival. PKP berlanjutan. Saya sampai satu tahap tak boleh bernafas. Seperti dilanda serangan panik dan kebimbangan. Nak tidur pun fikir aliran duit keluar masuk.
“Mampukah duit simpanan bertahan dalam satu jangka waktu tertentu. Salun ditutup pun ada yang cakap saya jatuh bankrup. Sampai rumah penuh dengan kotak barangan penjagaan rambut,” katanya.
Lalu, keputusan menghentikan operasi salun di era pandemik juga menghamparkan hikmah tersendiri.
“Sedih pastinya bersarang ketika salun ditutup. Situasi ini bukan seperti hubungan dengan kekasih sampai jadi bolak balik nak menyelamatkannya. Saya tanya kawan termasuk di kalangan orang Cina, mereka cakap jika sudah terlalu lama berniaga, mungkin cari angin baru.
“Pandemik yang datang jadi klimaks untuk saya buat keputusan besar. Lepaskan sesuatu yang disayangi (salun) dan pertaruh diri ke bidang perniagaan barangan rambut yang belum pasti hujung pangkalnya.
“Tahun 2020 umpama satu turning point dalam hidup dan perniagaan. Mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian,” katanya.
Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri Chez yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.
“Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.
“Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu… tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah… belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa.
“Ketika itu, saya ambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran. Hujung bulan pertama pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya,” katanya.
Tahun lalu menjadi kemuncak untuk memastikan produk jenama Chez Professional terus mencipta fenomena.
“Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mujur saya tak ada banyak sangat komitmen. Duit kereta pun sudah habis bayar. Bayaran rumah pun masih terkawal dan boleh dibayar.
“Isteri yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif juga memainkan peranan penting kerana campur tangannya menggunakan ilmu dan pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi. Dulu duit berniaga dan gaji sendiri macam tak ada beza. Sekarang ia lebih sistematik,” katanya.
Rangkaian produknya dengan tagline ‘Your Home Your Saloon’ terdiri daripada tujuh produk yang merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambutdengan kualiti seperti di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.
Malah kini produknya ditambah baik menerusi perancangan Chez Upgraded 22.
“Sekarang kami nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik untuk menjadi agen memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini,” katanya.
Serentak dengan itu, kempen #duitdijari turut dilancarkan iaitu berniaga tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk ‘dropship’. Malah usaha merekrut ahli agen elite juga berterusan.
Produk dipasarkan di bawah syarikat Chez Professional Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 November 2020 berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja.
Chez ketika ditemui pada majlis Chez Upgraded 22 turut memaklumkan akan kembali membuka salun rambut di sebuah lokasi baru di Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pencipta kandungan popular, Steven Wongso, kini sah bergelar seorang mualaf selepas melafazkan dua kalimah syahadah pada petang Ahad lalu, 23 Mac 2025.Momen...