Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi Ernie Zakri yang memiliki suara lunak dan vokal mantap dalam setiap lagu yang dinyanyikan.
Menerusi laman media sosial Instagram rasmi TV3, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri dilihat ada berkongsi tips dalam nyanyian.
“I pray everyday that I’ll be strong like my mother, my late grandmother, and her,” tulisnya.
“Good morning selamat pagi semua kat sini Ernie nak kongsi satu tips kepada anda yang betul-betul suka sangat menyanyi.
“Jangan lupa setiap hari kena praktis paling kurang pun 1 atau 2 jam menyanyi setiap hari.
“Kalau tak macam mana suara nak jadi sedap betul tak?
“Okey selamat berpraktis muah,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 30 saat itu.
Sekadar informasi, Ernie bakal bersaing menerusi lagu Ku Bersuara di Anugerah Juara Lagu Ke-34, 9 Februari depan.
Sebelum ini, Ernie dan rakan duet, Syamel pernah memenangi kategori Vokal Terbaik di pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-32.
Video : Instagram TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hamil Anak Kedua, Berat Badan Bella Astillah Kini Cecah 60kg!
Penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.
Justeru, ia menjadikan berat badan pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah kini mencecah 60kg.
“Memang pun 60kg sudah.. Hahaha,” balasnya ringkas apabila ada individu memberi respon terhadap video yang dimuat naik di Instagramnya.
Video tersebut memaparkan Bella melakukan tarian TikTok bersama adiknya,Didi Astillah di sebuah pusat kecantikan di ibu kota.
View this post on InstagramA post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on
Malah, para peminat turut memberikan reaksi dan ada di antara komen yang diberikan mendapat respon dari tuan punya badan.
View this post on InstagramA post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on
View this post on InstagramLets just say I kinda miss my long hair.
A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on
Terdahulu, peminat sebelum ini mengetahui mahligai yang dibina Bella bersama suaminya, Aliff Aziz pernah dilanda kemelut sebelum ini.
Malah Bella juga pernah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu.
Bagaimanapun, keduanya kini kembali bersama dan Bella turut memaklumkan berita gembira yang dirinya sedang hamil anak kedua.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini mencecah usia tiga tahun.
Foto: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Dapat Nak Kawal Anxiety & Stage Fright…,” – Imran Ajmain Jelaskan Sebab Pilih Tak Sertai Gegar Vaganza
Penyanyi, Imran Ajmain mendedahkan dirinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia menolak untuk menyertai program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza.
Jelas Imran, dia sebenarnya tidak biasa untuk berada di dalam suasana yang kompetatif lebih-lebih lagi untuk bersaing dengan para peserta lain.
Katanya lagi, situasi tersebut akan meletakkan dirinya di dalam keadaan tertekan dan mengalami keresahan.
“Sejujurnya saya ini bukanlah seorang yang kompetatif. Semasa pembabitan awal di dalam dunia seni, saya bukan lahir daripada program pertandingan realiti. Saya tak biasa dengan dunia yang berlumba-lumba.
“Jadi, kalau nak letakkan saya dalam satu pertandingan, saya rasa tahap stresnya nanti akan terlalu tinggi untuk saya.
“Kalau tersingkir di minggu pertama saya boleh terima. Tapi kalau berjaya mengharungi minggu-minggu berikutnya, rasanya saya tak dapat nak kawal rasa resah (anxiety) atau perasaan gementar di atas pentas,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Seribu Tahun ini berkata sedemikian ketika ditemui media di program Aya Real Food di Suka Sucre Bistro, Kuala Lumpur pada Selasa.
Meskipun tidak terlibat secara langsung, Imran memaklumkan dia akan sentiasa menunjukkan sokongannya terhadap program yang telah menaikkan semula nama-nama artis senior tanah air itu.
“Saya ini seorang yang sangat tenang dan damai. Saya sukakan suasana yang ‘chill’ dan muzik saya pun begitu juga.
“Lantas, kalau saya diletakkan di dalam situasi yang dicabar untuk menyanyikan bermacam jenis genre lagu, saya rasa saya tidak layak.
“Sebagai penonton saya sangat sukakan program Gegar Vaganza. Tahun lepas, ramai kawan-kawan saya yang mengambil bahagian dan lagu-lagu saya juga telah kerap kali dinyanyikan.
“Setiap kali ada peserta yang menyanyikan lagu saya, pihak GV akan menjemput saya. Itu satu penghormatan yang sangat saya hargai,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia pernah menerima tawaran untuk menyertai program GV, ini reaksi yang diberikan oleh Imran;
“Saya memang pernah ditawarkan untuk menyertai program GV. Sejujurnya daripada musim-musim awal lagi tapi saya rasa pihak produksi GV tahu jenis peserta yang mereka inginkan.
“Bila saya cakap yang saya tidak layak, mereka pun tidak memaksa. GV ini merupakan program yang sangat besar bagi industri seni kita. Semua yang ambil bahagian pasti akan dikenali. Ia sama seperti Akademi Fantasia. Untuk gugurkan ‘AF’ di belakang nama tu memang susah,” kongsinya lagi.
Selain aktif menyanyi, Imran juga kini sedang sibuk menguruskan bisnes agensi kreatif miliknya sendri yang memberi fokus kepada khidmat penghasilan video, foto, seni reka grafik dan pengurusan sosial media.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Saya Buka Hijab, Suami Pesan…,” – Sasha Abdul Aziz Hanya Mohon Netizen Doa Yang Baik-Baik
“Setiap orang ada perjalanan masing-masing.”
Demikian kata usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz mengenai kritikan yang diterimanya sebelum ini selepas mengambil keputusan untuk kembali tidak bertudung Januari tahun lalu.
Sasha berkata, apa yang terjadi ialah perjalanan hidup selain menyifatkan ia menjadi pengalaman yang mengajar untuk menjadi menjadikannya sebagai individu yang lebih baik selepas ini.
“Malah ketika saya cuba untuk berhijab ketika itu, suami saya kata ia perjalanan hidup saya. Kalau penampilan sedemikian berpanjangan, dia bersyukur dan mendoakan yang terbaik.
“Cuma bila saya buka hijab, suami pesan untuk tidak terlalu fikirkan hal yang negatif. Sebaliknya fokus sahaja terhadap apa perkara baik yang saya mahu kongsikan pada orang lain.
“Sebab itu sekiranya masih ada yang mengecam saya sehingga sekarang pun, saya cuba untuk bersikap positif.
“Soal pakai hijab atau tidak, orang masih akan bercakap. Siapa tahu nanti pada suatu hari saya akan kembali pakai (tudung). Jadi doakanlah yang baik-baik,” katanya kepada MH.
Sasha ditemui pada Majlis Pelancaran Syampu Wellsen x Dynas di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, pada Selasa.
Dalam pada itu, Sasha mengakui dia masih lagi mengikuti kelas agama dan al-quran seperti kebiasaan namun memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai perkara itu di media sosial.
“Saya masih lagi pergi, cuma saya tidak tunjuklah sebab bila berbuat demikian, netizen akan berkata lain pula. Ada juga yang minta untuk simpan untuk diri sendiri.
“Tapi bila saya tak paparkan di media sosial, ada pula yang tanya ‘you masih mengaji, pergi kelas agama lagi ke’? Saya pun pelik hingga tertanya-tanya apa yang perlu saya buat sebenarnya,” katanya lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun bersyukur kerana mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat terhadap apa sahaja perkara yang dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI