Pelakon, Khir Rahman mendedahkan dia sememangnya sudah lama menyedari bakat nyanyian luar biasa yang dimiliki penyanyi, Aweera meskipun sebelum bintang tersebut menyertai program nyanyian, Gegar Vaganza 8 (GV8).
Menurut Khir, Aweera serta seorang lagi peserta GV8 iaitu Nikki Palikat merupakan antara bintang yang paling menonjol sepanjang penganjuran program tersebut pada tahun ini.
Malah, dia juga turut meramalkan kedua-dua bintang tersebur bakal memberikan saingan yang sengit untuk merebut gelaran juara.
“GV, nak kena tunggu lagu Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu baru nak tersedar bakat dan bintang Aweera. Secara peribadi dah lama saya nampak Aweera special dan humble.
“Walau bagaimanapun, saya tak hairan kalau Aweera tak muncul juara sebab pilihan lagu besar pengaruhnya. Namun, penyanyi tak berkuasa sepenuhnya.
“Nikki Palikat dan Aweera adalah dua machine ‘suara’ yang tak mungkin dapat ditandingi untuk GV kali ini. Hanya mutu persembahan keseluruhan yang lebih terarah kepada Nikki
“Manakala perserta yang lain mesti pandai membuat impact untuk merebut tangga ke-3,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon filem, Rock Oo itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Khir mengakui masih terdapat pelbagai lagi aspek-aspek lain yang harus diambil kira untuk menobatkan seseorang peserta itu sebagai juara.
Lantaran itu, anak kepada penyanyi, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Hassan turut menyarankan kepada orang ramai untuk tidak melatakan harapan yang terlalu tinggi.
“Bagi saya juara bukan dari penilaian nyanyian dan persembahan satu malam sahaja. Ianya markah terkumpul sedari minggu pertama. Hanya major mistake yang boleh menafikan kejuaraan
“Jangan lupa kepentingan pihak penganjur dan penaja boleh saja memainkan peranan. So, relaks. Kita layan happy-happy dan memilih juara dihati masing-masing sudah. Take it easy,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji persembahan Aweera pada konser separuh akhir GV8 yang belangsung malam tadi.
“Setuju…tapi suara aweera memang level international.
“Bang kei, saya bayangkan Aweera perform dengan Rimba Bara. Baru Ngammmm Oo! Rock Oo!
“Kita juga memerlukan seorang juri legend yang diimport dari Indonesia untuk memberitahu bahawa kita sebenarnya memiliki satu bakat yang hebat yang selama ini tidak dihargai selayaknya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Pada konsert yang berlangsung pada malam Ahad, Aweera yang membawakan lagu Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu telah mendapat markah yang tertinggi sekaligus, menempatkan dirinya ke konsert akhir yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
GV8 dihoskan Nabil Ahmad bergandingan dengan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Khir Rahman