Uncategorized

2 Orang Pakar Minta Iqram Dinzly Dapatkan Rawatan Yang Sesuai, Ada Tanda ‘Cry For Help’

Share

Nampaknya kes Iqram Dinzly benar-benar hangat diperkatakan malam tadi sehinggakan namanya tersenarai dalam senarai trending di Malaysia.

Namun, melalui sebuah portal hiburan yang sempat menemu ramah seorang Ketua Unit Kaunseling Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata kehilangan orang yang tersayang seperti bapa boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan.

Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini Iqram baru sahaja kehilangan ayah tercintanya. Oleh kerana itu Fauziah meeminta pelakon untuk dapatkan rawatan psikiatri untuk mendapatkan rawatan yang sesuai buatnya.

“Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini.

 

“Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan di mana stage yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai,” ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, masalah kewangan dan juga kurang mendapat job kemungkinan boleh menjadi faktor utama mengapa Iqram kini berubah sikap menjadi seorang yang pelik.

Tambah pula dengan isu kedainya yang terletak di Langkawi bakal tutup tidak lama lagi.

Menurut Fauziah lagi, melihat dari cara percakapan yang Iqram sering gunakan menerusi Intsa Live, boleh dikatakan dirinya berada di peringkat awal.

Dalam masa yang sama, Presiden Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar turut memberitahu bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon tersebut.

Malah dia turut mengakui ada cuba untuk menghubungi Iqram sebaik sahaja video tersebut tular di media sosial.

Anita yang juga pernah berada di situasi yang sama memberitahu sebenarnya Iqram sudah memberi beberapa petunjuk tentang masalah yang dihadapinya.

Cuma apa yang diminta, netizen hentikan menghinanya kerana ia akan memberi tekanan yang lebih teruk pada pelakon tersebut.

“Pendapat saya dia sangat memerlukan bantuan pada masa ini. Orang sekeliling perlu bertindak segera membantu dia sebelum perkara buruk berlaku.

 

“Masyarakat perlu beri sokongan dan hentikan hinaan kerana akan membuatkan dia lebih parah. Penyanyi Kpop baru-baru ini juga mengalami perkara yang sama dan tidak mendapat bantuan sehingga menyebabkan dia membunuh diri,” katanya lagi.

Sumber: mStar Online

Published by
Lany Azman